tinggalkan link anda

27 Disember 2010

Lagi cara penipuan internet banking melalui email ! (scam/phishing)

hampir kul 3 pagi, aku still tak leh tido lagi, kena angin pantai pulak yang sepoi-sepoi bahasa, lagi la sedap meng'online' tengah pagi-pagi buta . lupa nak cakap, masa aku tulis entry ni, aku bermalam kat Perdana Resort, KB. sekadar cuti-cuti family utk menghabiskan sisa-sisa cuti semester aku dan cuti skolah adik-adik aku ni. tempat aku bermalam ni mmg cool gila, rumah berkembar dua then, betol2 ngadap tasik buatan, silap tak bawak kail je, hehehhe.


tempat family aku sewa, betul2 dalam bulatan merah tu




mata semakin mengantuk, aku pun mula la memulakan aktiviti biasa sebelum tidur iaitu blogwalk-ing sambil-sambil mencari bahan kat Google utk menulis sebarang catatan utk blog aku ni, lalu terjumpa la satu imej yang menunjukkan satu screenshot sebuah email yang telah dikirimkan kepada seorang pengguna. lihat foto dibawah :


sebuah email palsu dari maybank2u.com



wahhhhhh !! pelik bukan ? login kat site maybank2u betol punya dah, tapi tak pasal-pasal lak dia -suh send Username, Password, n TAC kat satu laman web lain. kadang-kadang, walau penipuan tu jelas nyata, tapi selalunya pengguna yang kurang peka tentang benda-benda macam ni mesti akan terkena juga !


TAC - kaedah selamat perbankan internet,
iaitu setiap transaksi mesti dimasukkan nombor
pengesahan yang dihantarkan kpd no telefon
bimbit tuan punya akaun




sesape yg pernah terkena tuh, korang tetap takleh salahkan maybank2u, sbb dalam Terms & Condition dia dah termaktub bahawa maybank2u takkan wat transaksi melalui email !




huh ! macam-macam kan dunia skarang? pelbagai cara digunakan utk menipu orang lain dengan mencari kelemahan mereka. cuak betol aku tengok benda-benda penipuan macam ni, dah la aku ni pengguna tegar bank islam internet banking dan cimbclicks.


cimbclicks


bank islam




pesanan ikhlas utk rakan-rakan dan utk dri aku juga =. .=


SELAMAT MALAM :)


p/s : duit haram tetap jadi darah daging. jangan main2! [>.<]

0 komen berSAHAJA: