tinggalkan link anda

07 Januari 2011

Fakta dari internet yg mesti baca ! [Part 2]





Otak manusia mempuyai lebih kurang 100 bilion sel saraf.

Saraf berdenyut dari dan ke otak selaju 274km sejam.

Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.

Interaksi 72 pelbagai otot diperlukan untuk manusia menghasilkan suara.

Secara purata, kelajuan batuk yg keluar dari mulut anda ialah 96 km sejam.

Bergantung pada saiz, otot paling kuat di tubuh manusia ialah lidah.

Apabila anda bersin, seluruh fungsi badan anda berhenti termasuk jantung.

Bayi lahir tanpa tempurung lutut hinggalah ia berusia 2-6 tahun.

Secara purata, orang yang mempunyai tangan kidal hidup 9 tahun lebih pendek.

Kanak-kanak membesar lebih cepat di musim panas.

Perut memerlukan 1 jam untuk menghadam susu lembu.

Orang yang berambut perang punyai lebih banyak rambut dari yang berambut hitam.

Jika anda buta sebelah mata, anda hanya kehilangan 1/5 penglihatan, tetapi anda akan hilang langsung deria menjarak.

Hidung dan telinga akan terus membesar sehingga anda mati.

Purata setiap kulit kepala ada 100,000 helai rambut. (Kecuali orang botak lerr)

Purata setiap tahun manusia mengelipkan mata sebanyak 6,205,000 kali

Jika diukur panjang bulu mata yang gugur sepanjang hidup seseorang manusia ialah 30 meter.

Tengkorak anda terdiri 29 jenis tulang.

Orang Mesir purba mencukur bulu kening mereka untuk berkabung di atas kematian kucing mereka.

Setelah anda mati, tubuh anda akan mula mengecut dan ini mencipta satu ilusi seolah-olah rambut dan kuku terus panjang.

Rambut dan kuku adalah dari satu bahan yang sama.

Seorang manusia boleh menyedut sehingga 4 liter udara, tetapi hanya 5% saja yang digunakan.

Luas kulit manusia ialah 6.5 kaki persegi.

15 bilion sel darah manusia musnah setiap saat.

Buah pinggang menghasilkan insulin

80 peratus tubuh manusia adalah air

Jantung manusia membuat tekanan yang cukup untuk mengepam darah sehingga 30 kaki.

Anda dilahirkan dengan 300 tulang. Apabila anda dewasa, anda cuma ada 206 tulang.

Tulang peha manusia lebih kuat dari batu konkrit.

Jika dicampur, panjang urat dalam seseorang manusia ialah 72 km.

Secara purata, setiap jantung manusia mengepam sebanyak 3000 kali sepanjang hayatnya dan mengepam 48 juta galen darah.

Dalam sehari, manusia akan bernafas sebanyak 23,040 kali.

Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari.

Kapal Titanic bergerak selaju 22 knots ketika ia berlanggar dgn bungkah ais.

Air minuman 7-up dicipta pada tahun 1929. '7' dipilih kerana pada asalnya ia mengandungi 7 auns air manakala 'up' pula kerana buihnya yang naik ke atas.

Doktor gigi menasihatkan kita supaya menyimpan berus gigi jauh 6 kaki dari toilet untuk mengelak percikan air jamban tu bila kita flush.

Pada zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap bakal seorang pemimpin.

Diet Coke mula dicipta pada tahun 1982.

Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah.

Buah strawberi ada lebih vitamin C dari buah oren.

Sebarang cecair di angkasa berbentuk bulat akibat tekanan graviti

Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.

1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.

Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pd tahun 1667

Perang terpendek ialah diantara Zanzibar dan England pada 1896. Zanzibar menyerah kalah selepas 38 minit.

Setiap dari kita menghasilkan 3.5 pound sampah setiap hari dan kebanyakannya ialah kertas.

Tiada kertas yg boleh dilipat lebih dari 7 kali.

Seorang dari 4 rakyat Amerika Syarikat pernah muncul di kaca tv.

Rakaman suara yang pertama di dunia dibuat oleh Thomas Edison pada 1877 dan rakamanya ialah' Mary had a little lamb'

Hobi yg paling banyak mengeluarkan duit ialah berkebun.

Pokok Oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.

Kebanyakan vitamin C pada buah ialah di kulitnya.

Pin bowling hanya perlu mengiring 7.5 darjah untuk jatuh.

Produk pertama yang menggunakan bar kod ialah Wringleys gum.

Raja (King) Heart dalam daun terup satu-satunya raja yang tak ada misai.

Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi.

Setiap galen air laut ada 1/4 paun garam

American Airlines menjimatkan sebanyak US40,000 pada tahun 1987 dengan tidak lagi meletakkan buah zaitun pada setiap hidangan salad di tempat penumpang kelas 1

Kapal terbang Jumbo menggunakan 4,000 galen minyak untuk terbang.

Planet Venus adalah satu satunya planet yang berputar mengikut arah jam.

CD pertama yang dikeluarkan ialah di US olah Bruce Springsteen (Born in USA)

Kanak-kanak belajar tentang hidup lebih banyak dari TV dari yang lain

Purata setiap kanak2 menghabiskan waktu selama 28 jam menonton tv, 2 kali lebih banyak dari masa yang dihabiskkan di sekolah.

Jika anda kuncikan lutut anda sambil berdiri untuk beberapa jam, anda akhirnya akan pengsan.

Novel Tom Sawyer adalah novel pertama yang dihasilkan menggunakan mesin taip.

Kebanyakan habuk di rumah adalah dari sel kulit yang dah mati

Pemilik pertama Syarikat rokok Malboro mati akibat kanser paru-paru.

37,037 didarabkan dengan sebarang nombor dari 1 - 9, kemudian darabkan dengan 3, jawapannya pasti sama dengan nombor yang anda pilih. Misalnya, 37,037 X 4 X 3 = 44444

Jika anda darabkan 111,111,111 dengan 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321

Perkataan utk polis 'Cop' berasal dari perkataan 'Constable of Patrol' di England.

Perkataan Jepun 'Karaoke' bermaksud 'Orkestra Kosong'

Perkataan 'Good-bye' asalnya dari perkataan 'God be with you'

'So Long' berasal dari perkataan Arab ' Salam '

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan huruf A

Perkataan 'checkmate' berasal dari bahasa parsi 'shah mat' yang bermaksud 'raja dah mati'

Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah Mohammad

Angkasawan Neil Armstrong mula menjejakkan kaki di bulan dengan kaki kiri.

Pemain bola keranjang Micheal Jordan menerima bayaran tahunan dari syarikat kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan gaji pekerja kilang Nike di Malaysia.

Nama paling panjang di dunia ialah 'Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinhausenbergerdorft Senior'

Gunting dicipta oleh Leonardo Da Vinci

Nama sebenar Tina Turner ialah Annie Mae Bullock

Walt Disney amat takut dengan tikus

Bunyi E.T berjalan dibuat dengan meramas agar-agar dalam tangan

Gula mula dibubuh dalam Chewing gum oleh seoran doktor gigi, William Semple

Kertas dicipta pada abad kedua di China

Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yg menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico. Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa
13 saat.

Roller Coaster yang terpantas di dunia ialah di West Millen, Pennsylvania, Amerika dengan kelajuan 129 km sejam.

Penaip terpantas di dunia menaip 211 perkataan seminit.

Kapal terpantas di dunia seberat 112 tan dan bergerak dlm kelajuan 164 km sejam.

Bandaraya moden yang pertama di dunia yg mencapai penduduk 1 juta orang ialah London pada tahun 1811

New Zealand adalah negara pertama di dunia yang membenarkan perempuan mengundi.

Kebanyakan orang mempunyai tahap IQ 90 - 109, William James Sidis disahkan sebagai manusia yang punyai IQ tertinggi di dunia iaitu diantara 250 - 300. Pada usia 18 bulan beliau boleh membaca akhbar New York times, pada usia 2 tahun dia belajar bahasa latin, pada usia 3 tahun dia belajar bahasa Greek. Setelah dewasa dia boleh menguasai lebih 40 bahasa di dunia. Dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan bertukar kerja dari satu tempat ke satu tempat sebagai
kuli biasa.

Angel falls di Venezuela adalah air terjun tertinggi di dunia pada ketinggian 3,212 kaki.

Syarikat keretapi India mempunyai perkerja teramai di dunia, iaitu lebih sejuta pekerja.

Bunga terbesar di dunia ialah Rufflesia, membesar sehingga 10 kaki.

Pokok terbesar di dunia ialah sejenis pokok yang bernama 'The General Sherman Tree'. di Sequola National Park. Setinggi 275 kaki dan 37 kaki lebar.

Olympus Mons, sebuah gunung berapi yang terdapat di planet marikh adalah gunung berapi yang terbesar yang pernah dijumpai di cakrawala. Seluas 595 km dan setinggi 24 km.

Jupiter, planet ke lima dari matahari, adalah planet terbesar sekali. Ianya dua kali ganda lebih besar dari gabungan kesemua planet yg lain.

Kura-kura terbesar yang pernah ditemui ialah seberat 2,016 paun.

Objek terbesar yang pernah ditemui dalam loji pembentungan Los Angeles, Amerika ialah sebuah motosikal.

Misai terpanjang di dunia ialah 133 1/2 inci yg dimiliki oleh Kalyan Ramji Sain.

Permainan Monopoly yang paling lama ialah selama 660 jam.

Pada suhu 40%C, seseorang akan kehilangan 14.4 kalori dengan bernafas.

3000 dari 1 juta rakyat Amerika menjadi penghisap rokok setiap tahun. Kebanyakan darinya adalah kanak-kanak.

Jika anda cuba untuk mengira jumlah keseluruhan bintang yang ada dilangit dengan kadar 1 bintang satu saat, anda memerlukan masa 3000 tahun untuk mengira kesemuanya.

Purata setiap orang akan menghabiskan masa selama 2 minggu dari keseluruhan hidupnya untuk menunggu lampu trafic bertukar.

Lebih 2500 orang yang tangan kidal mati di seluruh dunia akibat menggunakan peralatan utk tangan kanan.

Hanya 1 dari 2 billion manusia yang akan hidup lebih dari 116 tahun.

Anda berkongsi hari jadi bersama-sama 9 juta orang lain di seluruh dunia.

Lebih kurang 0.7 % penduduk dunia mabuk setiap detik.

Purata kita tidur 24 tahun dari keseluruhan hidup kita

Janggut manusia mengandungi 7000 hingga 15,000 bulu.

Rambut, 70% lebih mudah digunting jika ianya direndam dulu dengan air suam selama 2 minit.

Peningkatan jumlah kereta di dunia 3 kali lebih banyak dari jumlah kadar kelahiran manusia.

Filem animasi Tarzan, dibuat oleh seramai 1,175 pelukis animasi dan mengambil masa 3 tahun untuk siap.

Secara purata, seseorang manusia menelan 8 labah-labah sepanjang hidupnya.

Kira-kira 17% manusia adalah tangan kidal. Sama seperti gorila dan chmpanzees.

Menghantuk kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150 sejam.

Purata setiap wanita menggunakan 6 paun gincu sepanjang hidupnya.

Bagi setiap seorang manusia, ada satu juta semut.

Berat bau ialah lebih kuang 760 nanograms.

Bumi mengalami 50,000 kali gempa bumi setiap tahun

Memandu dengan kelajuan 121 km sejam, anda memerlukan masa selama 258 hari untuk mengelilingi lingkaran planet saturn.

Beg udara di kereta akan meletup pada kelajuan 322 km sejam.

1/3 penyakit kanser ada kaitan dengan matahari.

Ada 1000 kimia dalam secawan kopi.

7 bilion kabus diperlukan untuk memenuhi satu sudu teh

Berat Bungkah ais batu di kutub di dunia ialah 20 juta tan.

Purata setiap manusia meludah sebanyak 25,000 kali sepanjang hidupnya, boleh memenuhi dua buah kolam renang.

Otak anda seberat 3 paun, semuanya air kecuali 10 aun.

Jika anda bahagikan tanah di bumi kepada semua manusia, secara purata setiap manusia akan dapat 100 kaki persegi.

Purata setiap orang membuat 1,140 panggilan talipon setahun.

Di abad pertama, 1/3 penduduk dunia memeluk Islam

75% surirumah di Amerika Syarikat menguruskan kewangan di rumah

1/4 dari tulang anda adalah di kaki

Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku kaki.

Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam.

Berat bumi ialah 6,588,000,000,000,000,000,000,000,000 tan

Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali setahun

Mimpi adalah dalam hitam putih dan bukan berwarna

Purata setiap orang ketawa 15 kali sehari

Sejak 3500 tahun, darinya hanya 230 tahun saja dunia aman tanpa perang.

Manusia bergayut di talipon purata 2 tahun dari sepanjang hidupnya

Apabila gelas pecah, kelajuan serpihannya yang berterbangan ialah 427 km sejam.

Pada 1980, Hospital Las Vegas menggantung pekerjanya yang bertaruh bila seseorang pesakit itu akan mati.

Di Utah, adalah menyalahi undang - undang jika bersumpah di hadapan mayat.

1 dari 7 orang di Manhattan berjalan kaki ke pejabat.

Kacang adalah salah satu dari bahan di dalam dynamite.

Sekarang ada 6 bilion penduduk dunia, pada tahun 1900 cuma ada 1.6 bilion sahaja.

Planet Neptune belum lagi melengkapkan putarannya mengelilingi matahari sejak ia mula ditemui pada 1846. Oleh kerana ia mengambil masa 155 tahun untuk melengkapkan pusingan, ianya hanya akan
berlaku pada tahun 2011

Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan hanya 4 baris perkataan.

Kepulauan Falkland mempunyai jumlah penduduk seramai 2000 orang, tetapi jumlah kambing biri-biri di negara itu ialah 700,000 ekor. Nisbahnya 1 orang - 350 kambing

Teleskop dicipta pada tahun 1608 oleh seorang pembuat cermin mata.

Sehingga tahun 1820, semua saintis menyangka alam semesta berusia 6000 tahun. Kini telah diketahui bahawa alam semesta sebenarnya telah berusia 15 bilion tahun.

Hanya 4 % dalam alam semesta yang boleh kita lihat

Ketika zaman dinasor tak ada rumput. Rumput mula muncul menjalar dari pokok buluh 24 juta tahun lalu.



sekian untuk kali ni. tengs MYLIN.


p/s : aku sendiri pun pening baca banyak2 fakta ni .

4 komen berSAHAJA:

eKiN KiKiN Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

hye singgah jp..
http://ekinaliamysara.blogspot.com

ZWAN SABRI Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

Naseb baek tanganku tak kidal.. hehe..
erm, aiseyh, hidung aku bengkok skitla.. bakal pemimpinkah aku? hehe

amy syifa Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

thankz for the info...menarik la..!

ifwat SAHAJA Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

welcome :)