tinggalkan link anda

05 Februari 2011

Alhamdulillah, selamat tiba.

Salam pagi kepada bloggers dan followers Ifwat sekalian. Maaf la, mungkin selamam (Jumaat), Ifwat langsung tak dapat nak balas kunjungan dan jejak rakan-rakan semua sebab memang tak dapat nak online langsung. Yelah, hari last dengan family la kata kan, kuar la jalan-jalan sikit dan pergi shopping moping kat Tesco KB sebelum nak balik ke Penang balik ni. Sempat jugak la beli apa-apa yang patut semalam. Nak beli masa kat Penang ni, guna duit sendiri memang tak sangat lah kan? Hehehehe.






Akhirnya, pagi ni selamat juga sampai kat Penang. Alhamdulillah. Lebih kurang 5 jam perjalanan dari Machang. Malam tadi pun, bus yang sepatutnya naik pukul 11 lebih, tersampai lewat juga, dalam pukul 12 malam macam tu. Dengar-dengar cerita nya, jalan jem teruk masa kat KB lagi. Biasalah, cuti raya Cina kan, ramai pulak yang nak keluar shopping dan bawa family keluar jalan-jalan area bandar KB ni. Duduk dalam bas 5 jam pun, panas punggung jugak lah nak boleh sampai ke Penang ni. Faham-faham sendiri la, naik bas ni kita bukan boleh tidur lena sangat pun. Baru nak lena sikit, tiba-tiba terjaga. Lagipun, jalan dari yang bas lalu nak ke Penang dari Kelantan ni cuma satu je, iaitu lebuhraya Grik-Pasir Puteh. Sapa yang biasa lalu jalan tu memang faham la, dengan bukit-bukau nya, dan paling bahaya, kawasan tu banyak bapak-bapak dan emak-emak GAJAH melintas.







Nasib baik lah tadi, sesampainya aku kat Penang Sentral dah lebih kurang 5.30 pagi. Takde la awal sangat kan. Mula-mula tu ingat nak naik teksi je balik rumah sewa aku, tapi housemate aku, Shafiq tak bagi. Dia suruh aku call je dia bila dah sampai Penang, dia akan amik aku. Tapi memang tak berbaloi la, dari Penang Sentral ke rumah sewa aku satu teksi caj sampai RM20! Pehh, sakit woo. Benda bukan jauh mana pun. Apa-apa pun, thanx sangat kat Shafiq sebab sanggup susah payah pegi amek dengan Baby Vivanya aku pagi-pagi buta kat stesen bas tu dengan 2 bijik beg lagi aku bawak balik.




Ifwat : Tak suka naik bas malam-malam ni.

9 komen berSAHAJA:

Unknown Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

da senulan xbalik penang,,rindunyeeeee

ifwat SAHAJA Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

isz > orang penang kan? haha. takkpa, saya jaga penang awak ni :D

Cikin Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

wah , mcm best je naek bas .
tak prnh naek bas pegi jaoh2 :)

ifwat SAHAJA Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

Cikin > alala, tak penah ke? try la. seronok jugak. lame2 dah biasa :)

AfiqahZ Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

wahhaaa~
gajah melintas. cam best je. :D

ifwat Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

eika > haha, nice kot. siap ajak gajah lepak lagi minum air.

Eliza Sulaiman Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

nak comment yang tak berkaitan haha

tido lewat-lewat tak baik untuk kesihatan kulit dan mata,

ahaha!
lenkali jgn tdo lewat-lewat ya !
ahahaha !
kalau tak leh tdo gak, bukak buku sejarah form 5, mesti tertido punya.

;p

zati embong Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

bnyak tu,2 bijik beg.hihi..selamat study semula..O.o

Tanpa Nama Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

tbe2 nk ngamuk kt cni..
bas ptutnye dtg kol 9.30..
tp sy bru naik pg td..kol 6!!
gile sengallll