tinggalkan link anda

30 Disember 2010

Macam mane nak guna domain & hosting sndiri .

Saya percaya ramai diluar sana masih lagi tak nak beli domain sendiri disebabkan tidak tahu macam mana cara untuk membeli domain dan hosting yang disediakan oleh syarikat-syarikat hosting di Malaysia ni.

Tetapi ramai belum tahu, so mari saya tunjukkan bagaimana nak beli domain dan hosting sendiri.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membuat survey berkenaan dengan hosting dengan domain dibeberapa syarikat hosting yang terbaik dan murah. Tetapi “terbaik” adalah terlalu subjektif sebenarnya.

Apa yang boleh dicadangkan untuk anda ialah sebagai permulaannya carilah syarikat hosting yang menyediakan pakej yang murah seperti yang saya cadangkan sebelum ni iaitu Netkl.com, pakej yang ditawarkan murah dan harga bermula dari RM60 sehinggalah RM200.

Saya bukan ejen netkl.com tetapi setelah survey yang saya buat dan pengalaman saya, netkl.com adalah yang sesuai untuk anda memulakan blog dot com anda sendiri.

So kita mulakan langkah pertama dahulu :

Langkah Pertama : layari www.netkl.com

Pilih pakej Basic ( RM 60 setahun percuma domain)

http://netkl.com/hosting.html

Untuk pakej Basic ini anda mendapat Disk space sebanyak 400MB, bagi saya sudah cukup untuk anda hostkan blog anda dan anda boleh upgrade bila-bila masa untuk menambah kapasiti storan yang disediakan.

Saya guna tak sampai 300MB pun setahun untuk buat blog (langkah berjimat space ialah gambar yang ingin dimasukkan di setiap artikel anda hostkan dkt image hosting yang percuma seperti imageshack, photobucket dan banyak lagi la, dah panjang pulak penerangannya

Ok lihat gambar di bawah

pakej hosting basic netkl

Klik pada butang “Order Now!” untuk membeli pakej hosting basic ini dengan percuma hosting.

NetKL Network - Shopping Cart_1265759755880

Selepas order now tadi anda dibawakan ke page seperti gambar di atas. Apa yang perlu anda lakukan ialah dekat kotak merah tu je yang perlu anda lakukan, pilih domain yang anda suka. Saya faham ramai yang mengalami kesukaran untuk memilih domain yang sesuai, saya pun seperti anda juga pada suatu ketika dulu. Tips saya senang jer, pilih domain yang berkait dengan anda seperti nama anda ataupun trademark anda contohnya abgbotak.com ke…

Lepas dah pilih domain yang anda nak, klik pada butang “click to continue” untuk meneruskan pembelian. Lihat gambar di bawah.

NetKL Network1 - Shopping Cart_1265760157379

Kalau domain yang anda pilih masih lagi available @ domain tu masih lagi tidak dibeli oleh orang lain gambar seperti di atas akan terpapar dan anda perlu tick pada kotak “available order now”. selepas tu anda klik je butang “click to continue”, mudah bukan? kalau susah gak, hantukkan kepala kat dinding, tak pun kalau anda berada di tepi tingkap, terjun ke bawah pastu naik balik dan baca balik apa yang saya tulis (itupan kalau anda masih lagi hidup selepas terjun tadi)… gurau jer

NetKL Network - Shopping Cart_1265760491081

Tengok gambar kat atas tu, untuk billing cycle apabila anda pilih untuk bayar secara tahunan, then kuar lah statement free domain. so apa lagi pilih la bayar secara tahunan. Untuk configuration option tu tak perlu usik apa-apa, klik sahaja ” Update Cart” untuk meneruskan proses pembelian.

Langkah seterusnya ialah seperti gambar dibawah

NetKL Network - Shopping Cart_1265760703512

Tengok kat atas tu, untuk domain nakbeliblog.com tak der charge pun. free sekiranya anda bayar hosting untuk setahun yang berharga RM 60. Dan sekiranya anda dapat promotional code, boleh masukkan coupun code tersebut untuk menikmati diskaun.

Selepas itu klik pada ” Checkout” untuk meneruskan langkah dalam membeli hosting di netkl

NetKL Network - Shopping Cart_1265847967811

Isi maklumat diatas untuk meneruskan pembayaran, selepas itu klik pada “complete order” untuk meneruskan pembayaran, dan invoice dari netkl akan dihantar ke email anda untuk membuat pembayaran, lihat contoh di bawah

customer invoice untuk netkl dot com

Sila buat pembayaran kepada Netkl melalui online ataupun cash deposit machine (saya galakkan anda membuat pembayaran secara online samada melalui maybank2u.com, cimbclick ataupun bank-bank lain. Selepas pembayaran dibuat, hantarkan resit pembayaran kepada sales@Netkl.com untuk pengesahan pembayaran, selalunya tak sampai satu jam, pihak netkl akan mengesahkan pembayaran anda serta menghantar email susulan berkenaan login cpanel dan sebagainya untuk hosting yang telah anda beli, lihat contoh dibawah

payment confirmation

Selepas anda mendapat pengesahan pembayaran daripada pihak admin netkl, satu lagi email dari pihak netkl akan menyusul untuk memberikan maklumat cpanel hosting dan domain yang telah anda beli seperti gambar di bawah

cpanel account information

Tadaaa… sekarang anda telah membaca sampai saat ini, bermakna anda sudah faham dan sudah berjaya untuk membuat pembelian domain dan hosting, mudah bukan?

Sebenarnya bukan susah pun untuk melakukan semua ni, cuma kadang minda kita je berkata leceh dan susah nak buat semua ni.

Selepas anda mendapat semua maklumat yang diberikan, boleh lah anda akses cpanel untuk hosting dan domain yang anda beli, dan nasihat saya selepas kali pertama menggunakan cpanel, tukar password yang telah diberikan oleh pihak admin netkl kepada password yang senang untuk anda ingat dan pastikan segala email yang berkaitan dengan netkl janganlah anda delete, letak di dalam satu folder email anda.


$100 credit to Muhammad Tarmizi. thanks bro.



p/s : dalam usaha nak guna domain sendiri gak ni :)

2 komen berSAHAJA:

... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

as salam..
syukran..eh. tu pakej yang paling murah ke?

ifwat SAHAJA Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

aah la, orang ramai kata ni pakej plg berbaloi la :)