tinggalkan link anda

30 Januari 2011

Siti Sifir? Sape tu bang?!



Aihh, cepat betul lah masa ni berlalu. Aku rasa macam baru lagi aku ni masuk darjah 1, sarung kasut putih, baju putih dan seluar biru. Teringat lagi, masa tu aku sekolah sama dengan makcik aku, dia cikgu kat situ pulak. Haha.



Sekarang ni aku dah ada kat U? Ah, memang pantas ek masa berlalu. Ada satu masa tu, tengah seronok aku study subjek calculus yang sememangnya killer paper bg sape yang amek engineering ni, kadang-kadang teringat juga macam mana aku masa mula-mula melangkah kaki ke alam Matematik ni.



Oh dulu, aku dulu pernah juga belajar dengan Cik Siti Sifir masa dalam tv tu. Haha, rasa seronok sangat-sangat belajar Math ni masa tu. Yela, kanak-kanak mana tak seronok kalau belajar pun sambil main-main, ada nyanyi-nyanyian, betul tak ?



kdg2 ada jugak blaja ngn table camni kn?
siap tampal kat pintu bilik lagi!



Ada satu situasi ni lebih yang dah berlaku beberapa bulan lepas kalau tak silap aku, aku pernah berbual dengan salah sorang sepupu aku. Perbualannya lebih kurang cam ni la,



"Eh, tau tak masa abang Ifwat sekolah rendah dulu, belajar Matematik ni dgn Siti Sifir, tu yg abg Ifwat terror math skarang ni, hahaha !" kata aku dengan nada bergurau.

"Hah?! Siti Sifir? Sape tu bang?! Siti Sifir tu name gewe awek abg Ifwat ke?" soal sepupuku dengan nada serius.

"Eh, korang tak tau ke sape tu Siti Sifir? Ala, tak pernah tengok ke dalam tv ke ape?" balas aku dengan sikit terkejut.

"Tak pernah tengok pun dalam tv ada orang nama Siti Sifir ni. Entah-entah abg Ifwat saje-saje reka name ea?"



Aku diam seketika dan bermonolog sendiri. "Oh yeah, memang la. Sekarang ni pun aku sndiri tak pernah tengok Si Siti Sifir ni muncul dalam mana-mana siaran tv pun. Kemana dia pegi ek?"


Lalu aku membuat kesimpulan, budak-budak sekarang yang lahir tengah-tengah tahun 1990-an dan keatas mmg dah tak kenal pun Siti Sifir ni. Dorang lebih mengenali Kamus Besta dan macam-macam alatan bantu belajar elektronik lagi kan? Wallahualam.

24 komen berSAHAJA:

zEri sAfEerA Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

hahaha :)) yup. sy kenal ct sifir :D

noraim Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

oh, caculus killer subject bagi budak statistics. nasib baik tak pernah sangkut sepanjang 3 sem blaja. huhu.

Novelgurl Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

Assalamualaikum

betul3 ..siti sifar tu ap ? Ngee~

ifwat Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

dlu femes la dalam tv.
ajar sifir la, sifir 1-10.
haha.

amy syifa Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

owh..sy kenal siti sifir..!
nak pergi google siti sifir jap le..hehe
btw..hye..

cik Dil Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

cik dil ingat lg siti sifir..dluu2 dia pkai spek mcm2 bentuk..bentuk bintang laa..bentuk love laa..ingat2..hohooo

ifwat Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

amy > dah puas google, tak jumpe pun siti sifir tu. hhaha.

cik Dil > aah, lau tak silap la dia mmg pakai spek dulu. hehe

LehaMY Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

HAHAHAHA . masih ingt tu siti sifir . dalam rancangan ALONG kan . kat tv . tyme tu masi sekolah rendah g~ hehehe :D

ifwat Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

aah, yup3. A.L.O.N.G , ALONG! haha. lama dah benda rancangan tu. skg dah takde kot. hee

LehaMY Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

HAHAHAHAHAHA . teringt lak terus dikenakan member2 sekolah rendah dulu. sebab Along dan Siti tu ada kaitan ngan saya . HAHAHA . memang takde pun~

missSenget Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

siti sifir mmg terbaik~!! hahaha
ape laa citer siti sifir tu kan skrg..

-lock cbox ke ifwaT??

ifwat Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

hahaha, rasanya tua sikit dari saya kut dia tuh,haha.

aah la, saja lock. unlock bila server shoutmix down je. hehee.

beauty lover Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

uitm penang gak??huhu... btw, thanx 4 ya support....;)

ifwat Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

yeah , uitm penangian. haha. welcome back babe:)

||aLeaSaRa|| Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

hye bro!betul tu kite dulu cukup suka time siti sifir.suka tgk adik kite mengiralah jari dan mencongak nombor sambil siti menyanyi.dah besolah siti tu ye agaknya.mmg kite pun suka tgk he3..mcm2 style cermin mata he3..esoknya adik kite pakat tarik tangan mama ajak gi kedai nak cari sebijik macam cermin mata siti sifir he3..

ifwat Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

hahaah, betul3. dulu2 selalu follow siti sifir menyanyi sambil mengira.kakaka.. betul la tu, dah besar dah dia skg ni. ntah2 dah kawin. tingin nak tengok dia skg ni cam ne. haha

anamizu Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

siti sifir!! kwn die MAT MATIK!! hik3
kelakor je..

recent post : |drama gemilang buat kat mane???|

ZWAN SABRI Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

Rindulah sama Siti Sifir..
1x1 = 1..
2x1 = 2..
hehe

ifwat Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

ahaha, ramai lagi yg still ingt siti sifir ek? :)

~~ytazzizzaty~~ Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

dlm cerita ALONG kn????

ifwat Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

aah, yeah . betui tu :)

Zulfikar Hazri Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

1 darab 2 dua... dua darab 2 empat... 3 darab 2 enam (terkejut2 sebut jawapan) hahahahahaha siti sifir dlm citer ALONG...kostum kucing yg sangat hodohhh

Zaty Anuar Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

hey budak ngade . sy la siti sifir.teettt :D

ifwat Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

Zulfikar > hahaha, yep2. ALONG pakai kostum kucing. ha, sangat menakutkan tapi comel. hihi.

Zaty > ohh yeah? pencarian sudah berakhir la ni. haha