tinggalkan link anda

03 Julai 2011

Site Under Maintenance

Perhatian kepada semua, domain www.iefwatsahaja.com nampaknya sedang dalam proses bertukar point dari platform blogger ke WordPress Self-Hosted. Oleh itu, blog ni terpaksa menggunakan URL asal blog ni, iefwatdandiasahaja.blogspot.com untuk sementara waktu... Iefwatsahaja.com akan kembali beroperasi selewat-lewatnya mulai 5 Julai, sehingga segala data di pindahkan ke dalam WordPress (WP).


Segala kesulitan amat dikesali..

01 Julai 2011

Perlu ke aku beralih dari Blogger ke Wordpress Self-Hosted ?




Aku betul-betul tengah buntu sekarang ni. Dah lama betul la persoalan ni bermain dalam kepala otak aku, tapi sampai sekarang tak terjawab lagi. Perlu ke aku pindah data-data aku kat blogger ni ke wordpress self-hosted aku?


Untuk pengetahuan korang, aku ni dah mmg boleh tahan lama jugak la pakai domain dan hosting sendiri ni. Tapi, entah bila aku nak guna 'sepenuhnya' hosting yang aku beli ni. Contohnya dengan menggunakan WP Self-Hosted sebagai platform blog ataupun buka forum sendiri untuk blog aku sebagai tambahan.


Sebab-sebab aku tak pindah ke WP sampai sekarang ni :

1. Takut ada broken apa-apa tentang post-post aku.

2. Pagerank blog aku sekarang ni (2 Google PR) jadi PR 0 balik.

3. Susah ke nak guna WP Self-Hosted?

4. WP ni macam rasmi sangat je, bukan sebarang-sebarang widget boleh masuk.

5. Takut Blogger.com marah aku!! haha.

6. Hilang follower dari blogspot.

7. Dah terbiasa dengan kod-kod html kat blogger.




Ifwat : ada sesiapa boleh bagi aku pendapat ?

30 Jun 2011

Kipas Baru !!

Haaa, tak pasal-pasal je keluar post pasal kipas baru ni. Hek eleh, jakun sangat ke aku ni? Padahal, rumah orang lain guna air-cond pun tak kecoh macam aku kan? Mana tak seronoknya, bilik aku yang panas ni dah ada kipas lantai sendiri. Bukan tak ada kipas syiling, tapi slow sangat la. Bukak habis sampai no 5 pun masih panasss !





Disebabkan kipas kat atas ni, melayang RM90 aku semalam. Nak buat macam mana, pejam mata jela. Dah 2 tahun duduk rumah ni, baru merasa bilik sendiri sejuk. Hahahaha.


Akhirnya, dapat la aku melayari internet dengan selesa tanpa laptop aku padam-padam lagi. Yela, laptop dah uzur, bila panas sikit je, terus padam. Kalau tak padam pun, duk hang je.... Kali ni, dah ada kipas baru ni, aku tala direct je kat laptop aku bagi sejuk.



p/s : laptop dah macam turbo nak kena ada cooler.

28 Jun 2011

Penyelesaian Masalah 'Texture' untuk Angry Bird.

Salam sejahtera semua. Berdasarkan post aku yg lepas, Download Game "Angry Bird" untuk PC (full version), aku dapat tahu ramai yang dah download game Angry Bird ni. Ada yang dapat main, ada yang tak dapat main. Ramai jugak yang mengadu kat aku takleh main game tu.


Aku pun awal-awal dulu kena camtu jugak, masalah "Texture is too large". Tapi tu mmg sbb laptop aku ni dah otai. Kalau laptop baru pun tak boleh main jugak, aku ada penyelesaiannya.



Tak susah pun, korang boleh la blajar kat dalam youtube ni. Aku jumpa link youtube ni masa duk tengah google-google nak setel sampai buleh main jugak game ni.





p/s : sangap nak main Angry Bird :D

27 Jun 2011

Download Game "Angry Bird" untuk PC (full version)


Salam sejahtera para bloggers sekalian. Eh, lama betul aku tak update blog aku ni. Bukannya apa, salah satu sebab ialah takda internet kat umah sewa ni. Manjang nak kena sambung dengan henpon je, naik panas henpon aku nak sambung tenet kat laptop punya pasal.


Antara sebab lain pula, sibuk dengan kelas dan dah bermulanya semester baru aku. Dah jadi tahun akhir dah rupa-rupanya aku kat UiTM Penang ni. Awek aku pun sejak dua menjak ni asyik merajuk je tak tentu pasal, letih aku nak pujuknya tiap masa je.


Sekarang ni, boleh kata 'top' jugak la game 'burung marah' ni kan. Kalau dulu, aku main kat Ipod je game ni, sekarang kat PC pun dah ada. Memang terbaik, aku sediakan link downloadnya sekali kat bawah ni.






"Angry Birds is a puzzle video game developed by Finland-based Rovio Mobile, in which players use a slingshot to launch birds at pigs stationed on or within various structures, with the intent of destroying all the pigs on the playfield. Inspired by a simple sketch of stylized wingless birds, the game was first released for Apple's iOS in December 2009. Since that time, over 12 million copies of the game have been purchased from Apple's App Store, which has prompted the company to design versions for other touchscreen-based smartphones, including those using the Android and the Symbian^3 operating systems. Rovio Mobile has supported Angry Birds with numerous free updates that add additional game content, and the company has even released stand-alone holiday versions of the game"Pautan


Download Link :

Uploading.com

or

Filesonic


p/s : Selamat mencubaaaaa!

09 Mei 2011

Lapar, lapar, lapar.

Selamat tengah hari semua! Kalau dah nama cuti sem ni boleh kata hari-hari bangun lambat. Hehehe. Kalau bangun pagi pun, sekejap je, masa adik-adik aku tengah bersiap-siap nak pergi sekolah, untuk semayang subuh. Then mesti aku tido balik sampai la pukul 10 pagi, kadang-kadang terlajak sampai tengah hari.




Boleh kata cuti sem ni, rutin hampir sama je dengan cuti sem yang lepas-lepas. Dalam pukul 2.45 petang camtu, kena pergi amek adik bongsu aku kat PASTI pulak.

Tapi tadi aku bangun-bangun je dari tido, terus terkam pergi bawah saji. Betul-betul lapar aku tadi. Tengok-tengok, ada lagi kuah gulai semalam yang dah takde lauk. Dengan semangat kental, aku pun cuba rasa gulai tu, nasib baik elok lagi. Tanpa buang masa, aku terus masukkan semua gulai tu dalam periuk then panaskan. Dengan kemahiran memasak yang aku ada, aku buat la modification sikit kat gulai tu.


Tambah garam sikit, cili sikit, air sikit, bawang merah sikit. Cari-cari santan dalam peti ais, ada tapi sah-sah la beku macam ais kan, tak jadi nak buat hyper-modification kat gulai aku ni. Hahahaha. Last-last aku letak telur dua bijik, jadi la telur gulai. Pehhh, menusuk hidung bau masakan aku ni. Ada la aku amek gambar sekeping dua. Rasa bangga la pulak dapat masak then makan sendiri.




hasil masakan aku.


Dengan terpublishnya post aku ni, secara rasminya aku nak pergi makan tengah hari! hahaha. Selamat makan tengah hari semua bloggers.




Ifwat : Zaman sekarang lelaki lagi ramai terror masak dari pompuan :D

07 Mei 2011

Alasan topap RM3 jadi RM3.50.




Salam sejahtera kepada semua pembaca serta bloggers sekalian. Pehh, sebulan jugak la aku tak update sebarang post kan? Serius tak sempat gila nak main internet ni. Final exam la katakan. Kena pulak aku ni dah final year, so kenalah fokus tu lebih sikit dari semester-semester yang lepas. Kena pulak sekarang ni umah sewa aku pun takde talian internet, kalu ada pun, broadband budak umah aku punya, tapi takat nak guna untuk hal penting-penting tu boleh lah, sbb slow sangat.


Semenjak dua menjak ni kecoh harga minyak RON97 naik lagi 2 kupang. Mak aihh, nampak sikit, 2 posen je pun, tapi sebenarnya besar sangat maknanya setiap kali harga minyak naik. Sekali naik harga minyak, barang lain pun turut naik. Walau tak semua benda naik, tapi kesan dia tu mesti kita dapat tengok secara sedar ataupun tak. Contohnya aku bagi :


Situasi di satu kedai topap area Penang -

Aku : Bang, maxis RM3.

Abg Topup : Aaaa, RM3.50 dik.

Aku : Aik? Saya beli RM3 je bang, bukan Rm3.50. Kenapa jadi macam ni?

Abg Topup : Biasa la tu dik, jual topap bukan untung sangat. Berapa sen je. Kalau tak, sakit la kami. Harga minyak pun makin mahal dik. Abang nak pergi bank pun guna motor, pakai minyak.

Aku : Ala bang, motor jarang sangat la guna RON97. Setahu saya, RON97 ni kereta-kereta besar je yang pakai macam BMW ke, ape ke sebab nak bagi pick-up lebih.

Abg Topup : Emmm (terkial-kial). Motor abang pun macam BMW jugak la dik. Hahaha.

Aku : Takpe la bang, tak jadik topup. Sy bawak RM3 cukup-cukup je ni. Terima kasih bang.

Abg Topup : Sama-sama.


Aku pun terus blah cam tu je. Dalam hati, banyak la pulak alasan dia ni. Kalau nak kaya cepat tu, cakap jela. Saje je nak wat kajian pasal harga topup ni. Padahal aku sendiri pun jual topup, tapi aku akan jual dengan harga yang tetap jela. Takde lebih-lebih sampai tambah 50sen pnye walau aku tahu memang untung takat 3%-5% (30sen utk Maxis 10) je. Tapi, bagi aku untung tu tak penting sangat selain senang nak topap untuk aku tak pun kawan-kawan aku je.


Ifwat : Nak kaya cepat jual dadah la :D

10 Mac 2011

127 Hours (2010) Free Download -Single Link


Release Date:
03 March 2011
Language: English
Subtitle: English / Chinese
Genre: Adventure / Thriller / Drama / Biography
Running Time: 1 Hour 45 Minutes
Director: Danny Boyle
Cast: James Franco, Amber Tamblyn and Kate Mara

Synopsis: 127 HOURS is the new film from Danny Boyle, the Academy Award® winning director of 2008's Best Picture, SLUMDOG MILLIONAIRE. 127 HOURS is the true story of mountain climber Aron Ralston's (James Franco) remarkable adventure to save himself after a falling boulder crashes on his arm and traps him in an isolated slot canyon in Utah. Throughout his journey, Ralston recalls friends, lovers (Clemence Poesy), family, and the two hikers (Amber Tamblyn and Kate Mara) he met before his accident. Over the next five days Ralston battles the elements and his own demons to finally discover he has the courage and the wherewithal to extricate himself by any means necessary, descend a 65 foot wall and hike over eight miles before he is finally rescued. Told with a dynamic narrative structure, 127 HOURS is a visceral, thrilling story that will take an audience on a never before experienced journey and prove what we can do when we choose life.

(Source: 20th Century Fox)



Download Links :

03 Mac 2011

Mencarut atau ada maksud lain ?!

Lama tak blogwalking, lama jugak tak update entry. Hehehe. Minggu lepas dan 2 minggu lepas berderet dengan test. Penat woo. Dahla minggu lepas terus takda hujung minggu! Test straight 3 hari berturut-turut. Jumaat, Sabtu, Ahad! Kesian sungguh aku. Dengan demam lagi. Nak study pun susah gila lah.


Malam ni sempat lak aku google-google cari benda untuk update entry baru kat blog aku ni. Ada banyak benda pulak nak share, tapi takkan la nak share semua kan? Slow-slow la. Hehe.


gambar dari google



Terkejut aku jumpa gambar ni. Lepas tu sah-sah la pecah perut aku ketawa tengok. Hahaha! Aku fikir balik adakah ni satu kebetulan tak pun perkataan "Puki" tu sebenarnya ada maksud lain yang mungkin dalam bahasa lain? Korang cari la sendiri ek? Hahaha.



Ifwat : perut lapar tak makan nasi malam tadi. kekekeke

25 Februari 2011

Apabila rabun hilang cermin mata

Tu diaaa ! Susah jugak jadi si rabun macam aku ni ek? Haha. Kalau rabun sikit-sikit takpe. ni dah tahap tinggi la jugak. Segala-galanya rasa macam terbatas. Nak online pun kalau boleh macam nak terkam masuk kat cermin laptop ni. Punya la tak nampak kan. Aihhh.


Aku open cite pasal ni pun sebab spek aku baru je patah cermin belah kirinya. Walau ada sebelah kanan pun, kalau pakai kat luar orang kata gila la pulak kan. Patah ni pun sebab membe aku tak sengaja terpijak masa aku tido petang dalam 3 hari lepas.. Hehehe. Pehh, cengkoi gila jadi spek aku, haha!

nasib baik bingkai bengkok sikit je.



Skang dah pakai spek baru. Terus angkat sekali dengan bingkai walaupun bingkai tak patah kan. Harga boleh tahan la, amek sekali dengan bingkai baru terus. Tengok harga sama je dengan tukar cermin. Baik amek baru terus ye tak?


Kat sini aku senaraikan yang kureng besh nye jadi orang rabun tahap teruk macam aku ni. Kalau rabun biasa-biasa tu takde masalah sangat kot.


1. tak boleh pakai spek hitam (takkan nak pakai 2 lapis spek pulak kan?)

2. selalunya orang rabun ni akan silau sikit masa bawak keta waktu malam.

3. nak pakai google masa mandi kat swimming pool pun susah.

4. automatik menjadi pekak sedikit apabila tak pakai spek (bukan pekak
betul2, cuma macam kurang keyakinan bila orang panggil ke ape)

5. tak berapa selasa kalau nak pakai headphone dengar lagu.

6. yang paling pentingnya, kalau dah rabun teruk tu, rasa macam buta kalau spek hilang.



Tapi, orang yang pakai spek ni ada kelebihannya jugak. Antaranya ialah :

1. boleh tido dalam bilik kuliah (make sure cermin spek tu gelap. hahaha)

2. nampak stylo kalau orang yang pandai bergaya la, tapi bukan aku la, hehe.

3. muka nampak innocent walau buat salah.

4. dapat merasa dua pandangan mata yg berbeza (kabur bila tak pakai spek, terang bila pakai spek) hehe.

5. yang pentingnya, perdana menteri kita skarang pun pakai spek jugak woo !



So, sapa yang pakai spek tu probability tinggi la nak jadi Perdana Menteri dari orang yang tak pakai spek. Hahahaha.


Ifwat : nak pakai contact lens tapi fikir risiko tinggi.

19 Februari 2011

Leggings are NOT pants !

Salam bloggers. Lama jugak aku menyepi tanpa blogwalking dan update entry, tetiba kali ni ada pulak benda yang aku rasa seronok pulak nak kongsi dengan korang semua.


Nak buat entry macam ni pun kadang2 pk 2-3 kali gak. Yelah, kot-kot la ada yang terasa kan. Tapi aku mintak maaf awal-awal la kalau-kalau tak leh terima hakikat ni ke. Mana tak nya, kalu aku g mana-mana mall area Penang ni cukup la, boleh kata menjadi satu kepastian terjumpa budak-budak perempuan Melayu pakai benda ni. Nak kata semua tu tak la, aku kata ni kat sebahagian je. Ditegaskan, sebahagian sahaja.


Tapi yang aku pelik, kat dalam Facebook, aku ada jumpa satu page yang tak setuju 'leggings' ni dikategorikan sebagai seluar. Yang buat aku bertambah heran lagi, creator page ni mat saleh, dan yang like pun boleh kata semua mat salleh ! Kalau korang tengok kat wall page ni pun, dorang semua duk mengatakan leggings ni sama macam bogel je dan macam-macam lagi lah.


Aku ada amek printscreen utk page ni, korang tengok la. Tak pun korang boleh terus direct pegi kat page ni, aku dah sertakan sekali dengan linknya kat bawah ni.



klik SINI utk ke page ni.



Entry kali ni sesuai sangat dengan pepatah yang aku sendiri gubah, "mat saleh kata leggings are NOT pants, melayu kata leggings SATU TREND !".

Sebelum aku undur diri, aku mengingati kat sape-sape pun termasuk diri aku sendiri, jangan la kita menelanjangkan agama dan bangsa kita hanya kerana dosa kita sendiri. Salam sejahtera dan selamat berblogging.


Ifwat : back to al-Quran.

13 Februari 2011

Kalau nak trafik lebih pun, tak perlu la macam ni.

Agak lama aku tak update entry baru, dan jarang pulak nak blogwalking ni disebabkan terlalu sibuk dengan kelas yang sememangnya buat aku tak da masa nak ngadap laptop sangat. Tapi tu tak mengapa la, adat la jadi student kan. Masa tu semestinya banyak dihabiskan dengan pergi kelas dan kadang2 tu ada la jugak study, hehehe.


Straight to the point, malas nak cakap banyak. Korang tengok jela apa yang aku baru dapat perasan baru2 ni. Patut la aku pelik, asal la aku klik je kat shoutmix aku, duk kuar website yang sama je. Yela, kadang2 ni, kita malas la nak usha link ape yang orang post kat shoutmix kte sebelum klik atas dasar percaya. Yang aku heran, dia buh nama lain-lain. Gaya ayat pun lain-lain.



Kat bawah ni aku sertakan beberapa keping gambar yang aku buat printscreen. Bandingkan dengan semua gambar yang aku bagi.


gambar 1


gambar 2.


gambar 3.


gambar 4.



Kalau korang perasan, masa dia post message tu pun dalam jangka masa yang dekat2. Pada hari yang sama (12.2.2011). Apa websitenya bia lah aku simpan sendiri. Dan semua msg2 dia kat shoutmix aku, aku dah delete. Kalau aku tak delete, nanti ada yang cari pulak kan. Aku takda la nak marah sangat, tapi kalau betol2 nak exchange link tu, tak kesah la. Aku pun suka. Dah la kat website dia tu takde sebarang chatbox (tak silap aku) untuk aku leave msg kat dia balik.


Tak pasal2 aku dah banned dia punya IP termasuk dengan site dia sekali. Yela, kalau nak trafik tinggi pun, tak perlu la nak jadi spammer. Sesape pun dalam dunia IT ni benci dengan spammer macam tu. Soorryy to say. Betulkan aku kalau silap.




Ifwat : sapa makan cili, dia yang rasa pedasnya.

07 Februari 2011

Pendedahan : Facebook bagaikan hantu tidak berupa di Israel.



Ala, ape la aku ni. Buat topik bajet saspen je. Nampak topik macam gempak. Aihh, kadang-kadang nak wat entry pun lagi bagus sebenarnya yang boleh buat orang baca dengan penuh rasa saspen dan ada efek "WOW!". Hahaha. Maksud aku "bagai hantu tidak berupa" tu takde kena mengena dengan hantu pun, tapi cuma nak menggambar kan betapa kurang mendapat sambutannya halaman sosial Facebook tu kat negara foundernya sendiri berbanding dengan negara-negara lain.


Disini buktinya :

Tempat ke-3 tu !

See? Ranking ke-3 je kot. Ada lagi website-website lain yang lagi penting bagi penduduk negara haram Israel ni. Kemudian, tengok pulak ranking facebook dalam salah sebuah negara maju dalam Asia iaitu Jepun.



Facebook ranking ke-15?



Nah ! Ranking ke-15 terus. Tengok situ je kite dah boleh fikir sendiri dah. Walaupun kecoh satu dunia pasal laman sosial Facebook ni pun tapi orang-orang di negara maju ni takde la macam menggelabah sangat konon-konon nya takde akaun Facebook ni tanda seseorang tu kelihatan kolot, tak up-to-date la konon nya ataupun mundur. Tanpa penggunaan Facebook yang meluas kat negara diorang pun, diorang tetap boleh hidup je, lagi maju ada la.


Sekarang kita tengok pulak ranking site kat Malaysia yang kononnya sapa yang takde akaun Facebook ni tak up-to date punya orang.



yeah, Facebook popular kat Malaysia!



Tengok? Facebook mengalah kan google dalam ranking Malaysia ni! Korang boleh la buat kesimpulan sendiri kan, kat negara asal pengasas website ni pun duk kat ranking ke-3, tapi kat negara kita jadi no 1 pulak?


Tapi nak wat cemana kan, aku sendiri pun guna Facebook ni. Cuma kerap dengan tak kerap bukak jela. Hehehe. Tapi site yang ranking ke-4 dalam Malaysia tu la yang bnyk mengubah hidup aku, hehehe.


Untuk pengetahuan korang, negara China telah block laman web sosial Facebook ni. Dan kat sini ada lagi beberapa senarai laman web yang negara China sekat. Kesimpulan kes ni, Facebook tidak popular atau kurang dilawati di Israel, iaitu negara asal pengasasnya sendiri.




Ifwat : guna facebook hanya untuk cari kawan lama.

05 Februari 2011

Alhamdulillah, selamat tiba.

Salam pagi kepada bloggers dan followers Ifwat sekalian. Maaf la, mungkin selamam (Jumaat), Ifwat langsung tak dapat nak balas kunjungan dan jejak rakan-rakan semua sebab memang tak dapat nak online langsung. Yelah, hari last dengan family la kata kan, kuar la jalan-jalan sikit dan pergi shopping moping kat Tesco KB sebelum nak balik ke Penang balik ni. Sempat jugak la beli apa-apa yang patut semalam. Nak beli masa kat Penang ni, guna duit sendiri memang tak sangat lah kan? Hehehehe.






Akhirnya, pagi ni selamat juga sampai kat Penang. Alhamdulillah. Lebih kurang 5 jam perjalanan dari Machang. Malam tadi pun, bus yang sepatutnya naik pukul 11 lebih, tersampai lewat juga, dalam pukul 12 malam macam tu. Dengar-dengar cerita nya, jalan jem teruk masa kat KB lagi. Biasalah, cuti raya Cina kan, ramai pulak yang nak keluar shopping dan bawa family keluar jalan-jalan area bandar KB ni. Duduk dalam bas 5 jam pun, panas punggung jugak lah nak boleh sampai ke Penang ni. Faham-faham sendiri la, naik bas ni kita bukan boleh tidur lena sangat pun. Baru nak lena sikit, tiba-tiba terjaga. Lagipun, jalan dari yang bas lalu nak ke Penang dari Kelantan ni cuma satu je, iaitu lebuhraya Grik-Pasir Puteh. Sapa yang biasa lalu jalan tu memang faham la, dengan bukit-bukau nya, dan paling bahaya, kawasan tu banyak bapak-bapak dan emak-emak GAJAH melintas.







Nasib baik lah tadi, sesampainya aku kat Penang Sentral dah lebih kurang 5.30 pagi. Takde la awal sangat kan. Mula-mula tu ingat nak naik teksi je balik rumah sewa aku, tapi housemate aku, Shafiq tak bagi. Dia suruh aku call je dia bila dah sampai Penang, dia akan amik aku. Tapi memang tak berbaloi la, dari Penang Sentral ke rumah sewa aku satu teksi caj sampai RM20! Pehh, sakit woo. Benda bukan jauh mana pun. Apa-apa pun, thanx sangat kat Shafiq sebab sanggup susah payah pegi amek dengan Baby Vivanya aku pagi-pagi buta kat stesen bas tu dengan 2 bijik beg lagi aku bawak balik.




Ifwat : Tak suka naik bas malam-malam ni.

04 Februari 2011

[Contest] Jejaka Terhangat Nak Bagi Henpon Free..!!!

Ada siapa yang nak dapat handphone free tak??
Jom kita join Contest dari Jejaka Terhangat.....


Sebelum tu, aku nak say tengs sangat-sangat kat Cik Ain kite sebab tak lupa nak tag kat aku ni. Dan sebelum tu, sapa2 yang nak join contest ni, jangan buang masa la, boleh terus direct ke blog Jejaka Terhangat ni untuk terus membaca syarat-syaratnya :)


Kenapa harus Ifwat dapat henpon ni?

Antara sebabnya ialah, Ifwat ni kalau nak beli henpon baru sendiri bukan nya mampu sangat. Yelah, student la katakan. Kerja pun tak lagi. Nak makan pun harap duit mak bapak yang bagi kan? Henpon yang aku pakai sekarang ni pun, dah buruk tahap gaban dah. Terasa gak la nak pakai henpon baru kan. Kalau dapat henpon yang Jejaka Terhangat yang hensem lagi kacak bergaya dan hangat ni nak bagi, hanpon lama aku ni, boleh la bagi adik aku pakai pulak. Kesian dia, dah lama ngidam nak pakai henpon, tapi tak kesampaian. Disamping itu juga (ayat karangan SPM), kalau dapat handpon ni, boleh la aku buktikan kat kawan-kawan aku yang main blog ni bukan la benda yang buang masa dan duk ngadap blog je semata-mata, tapi ada pekdah nya. Sebab, ada gak kawan-kawan aku yang duk bising kata aku ni ngadap je 24 jam depan blog, tapi macam tu jugak, bengang jugak kadang2 tuh. aihhhhh. Sekian saje dari aku :)



Ifwat nak tag dorang ni yang cool :

1. Zaty

03 Februari 2011

"1st GA - I Lurve My Mum So Much..."



Salam petang semua blogger sekalian. Lame jugak la aku tak de join ape-ape contest takpun ape-ape GA ni memandangkan kuliah aku dah start kan. Ni tengah cuti raya Cina, tu yg boleh nak merayap je tiap masa n time2 cuti ni la nak join ape-ape GA yang ada kan? Hehe. Kebetulan pulak utk GA ni, Cik Natra Shereena yang tag aku, so tanpa buang masa aku join jelahh. Hehe.


Sape-sape yang nak join ni, boleh la tengok segala syarat kat blog Cik Miera ni. Hadiah utama RM100, kedua pulak sebanyak RM80 dan ketiga sebanyak RM60.


gambar aku bersama umi aku n adik aku masa hari
raya tahun lepas.


Ceghita-ceghiti sikit :


Umi, ibu, mama, emak, mummy, mother aku ni memang la dah banyak buat pengorbanan kat aku. Tanya la sesapa pun yang ada emak atas dunia ni, ada ke dapat emak yang tak pernah berkorban? Aku rasa takda kot. Kalau dia tak berkorban demi kita, confirm2 sekarang ni kita dah takde punya boleh create blog ni dan boleh berjalan sendiri dengan hebat dan megahnya macam hari ni. Yelah, masing-masing bila dah besar, pakai kereta hebat-hebat, kerja bergaji lumayan dah boleh hidup sendiri, rasa macam ibu pun tak diperlukan kan? Tapi bagi sesetengah orang yang memang tak ada hati perut, diorang memang sanggup buat macam tu. Tapi diorang tak fikir ke masa mula-mula diorang masuk darjah 1 dulu ibu dorang jugak yang pimpin tangan hantr pergi sekolah? Bagi yang hidup susah sikit,n takde kenderaan tu, kadang-kadang ibu bergilir dengan ayah hantar kita pergi sekolah naik basikal. Terkecuali la bg yang ibu nya pergi dulu masa dia kecik, etc. Maaf Cik Miera, dah lari topik. Hehe. Antara pengorbanan besar yang umi aku buat kat aku ialah melahirkan aku ke dunia ni. Tu je yang paling bermakna bagi aku sebab aku hidup sampai sekarang, saat aku nak dilahirkan ni susah sangat-sangat. Misi kata aku ni Big Baby. Aku dilahirkan dengan cara pembedahan, bukan dengan cara normal macam bayi-bayi lain. Berat aku masa baru keluar dari perut tu tak silap lebih 4.45KG! Korang tanya la mak korang, baby baru lahir yang lebih dari 4.45KG tu besar ke tak? Memang perit dan besar sangat pengorbanan umi aku tu. Bertarung dengan nyawa. Dahla anak pertama pulak tu, pastu 'beranak belah' pulak. Aku dengar cite umi aku pun seram dan tersentuh secara nuraninya. Susah sangat-sangat seorang ibu nak melahirkan seorang anak tu. Nasihat aku, sesape yang masih hidup lagi ibu, emak, mummy, umi, mama, dan mothernya, curahlah jasa sebelum menyesal kerana tak sempat nak berjasa.



Anda yang di tag :

3. Eika
4. Sape-sape yang nak join lagi.
tak larat nak list semue.hehe

02 Februari 2011

Tanda-tanda kiamat.



  • Hijaunya bumi arafah.

  • Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah @ perceraian tidak diluluskan mahkamah.

  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.

  • Keluar asap tebal dibumi hijaz.(Perang iraq-kuwait 1990)

  • Munculnya nabi palsu yang ke 40.(sekarang sudah 38 orang)

  • Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.( pertamanya ilmu faraid)

  • Berlaku perang besar dikawasan kaukasus ( israel-turki-eropah-russia)

  • Runtuhnya Ka'abah diserang oleh orang habshah(sudan-etophia-eriteria.)

  • Laut merah kering.

  • 3 kali gempa bumi,(bom nuklear)sekali di timur(Korea utara), sekali di barat(USA), ketiga di Semenanjung Arab.(oleh tentera New World Order)

  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj (Gog & Magog) memakan mayat mayat perang.

  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.

  • Munculnya Imam Mahdi.

  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.

  • Matahari terbit dari ufuk barat.

  • Terdengar tiupan sangkakala pertama.

Tak logik langsung !

Pehhh, skg ni blog aku dipenuhi dengan gambar-gambar yang pelik-pelik yang aku jumpa dimerata-rata tempat, termasuk la facebook, google dan sebagainya. Tapi aku jamin la, apa yg aku dapat ni, fresh lagi la. Kalau ada yang pernah tengok pun, maybe tak ramai. Tapi kalau korang usha gambar ni betul-betul, mesti 1000 kali korang fikir kan kalau betul-betul ada orang terdesak nak guna jamban.



klik untuk besarkan imej kalau stil kabur.




Yang buat aku macam nak tercabut gigi nak ketawa nya bila tengok lambang OKU pun ada sama dorang pegi letak kat situ. Kahkahkah. Kalau betul la terdesak nak guna jamban kan, takkan dengan kerusi roda nak panjat tangga tu? Apa macam? Sapa ada bran guna kerusi roda panjat tangga?





p/s : pernah terjun dari pagar tinggi sebab nak 'fly' masa duk asrama sekolah dulu2.

01 Februari 2011

CIMB Bank dah bankrap ?

Tadi. masa aku tengah merayap-rayap lagi kat facebook. tetiba aku tengok ada satu benda yang tak boleh diterima akal kat satu wall picture teman aku.

HAHAHAHA. Satu patah perkataan yang mampu aku ungkapkan sambil mulutku ternganga luas lantaran daripada ketawa yang macam orang sawan tu bila tengok gamba ni. Hairan betul la aku, takkan la sampai macam ni skali kot?





Tapi aku fikir positif la sikit, maybe ni produk terbaru dari CIMB Bank kot? hehehe. Mustahil la bank ternama tu boleh bankrap kan? hehe. Budak-budak pun suka tengok, comel je. Kehkehkeh.


p/s : sambut dengan baik produk terbaru dari CIMB ni.

31 Januari 2011

Keadaan student Malaysia di Mesir sekarang teruk?

Entah la, dalam berita hari ni pun kecoh dengan pelbagai cerita tentang pelajar kita yang berada kat Mesir sekarang ni. Baca paper harini pun, kerajaan Malaysia ada pesan kat student Malaysia yang ada kat Mesir tu supaya jangan campur tangan hal politik kat sana.


Ntah la, macam-macam hal global yang berlaku sekarang ek? Satu persatu masalah. Tak silap aku, balai polis dimusnahkan, talian komunikasi pun disekat. Nak akses facebook, twitter, google, etc semua tak boleh. Sampaikan nak bukak tu semua kena guna IP Code. Tu pun kena guna dia-up dari negara lain ape, aku pun tak pasti sangat.


Ada satu gambar aku dapat kat Facebook. Korang boleh nilai sendiri.

klik untuk lebih besar.



Apa-apa hal pun, sama-sama kita doakan supaya pelajar kita yang ada kat sana tu selamat dari sebarang mala petaka.




p/s : banyak terjadi perperangan serta manusia berlumba-lumba hendak membina bangunan pencakar langit adalah salah-satu petanda kiamat kecil. Wallahualam.

Handphone aku ada blue, handphone kau ade ke?


Ape yang aku nak ceghite ni bukan la kesah seram ataupun kesah yang boleh membuatkan korang tido malam sampai terkencing-kencing ke ape, tp bila aku teringat balek, rasa macam lawak pun ada, bengang pun ada.


Kisah ni berlaku masa aku duk hostel dulu. Masa tu aku tingkatan 5, sekolah teknik, hehe. Tak silap aku, masa tu ari Ahad petang kut, ramai student yang balik kampung pada hari Jumaatnya dah kembali ke hostel sbb Isninnya nak sekolah pulak kan. Tapi aku selalunya tak balik pun, duk hostel je.

Kebetulan aku tengah tidur pulak time tu. Aku dengar la ada bunyi bising-bising orang jerit-jerit.



"WOI semua budak dorm 5! Bangun, bangun, bangun ! Aku ada barang baik ni nak bg korang tengok!"


Aku dengar suara tu jerit-jerit dari pintu bilik aku. Macam suara budak bilik sebelah aku, si Meon (bukan nama sebenar).


"Sini la wei, aku ada barang baik punya la, sapa tengok takkan nyesal punya" jerit Meon lagi bajet nak wat direct selling ke hape.

"Ape benda la kecoh sangat ni? Aku nak tido pun susah. Barang ape nak tunjuk? Henset baru kat tangan kau tu ke? " jerit salah sorang roommate aku.

"Aku datang sini ni nak ajak korang layan benda ni sama-sama. Best wo, layan gila beb. Mat Salleh punya banyak, Melayu pun ada, Indon pun boleh masuk sama" kata Meon dengan wajah mengharap kami tengok.


Gedegangg !! (bunyi salah sorang roommate aku terjun dari katil tempat dia tidur). Masa tu ramai gila yang datang berkerumun kat keliling Meon.


"Mane wei, bukak la cepat. Kami pun nak tengok blue ni. Kalau boleh anta kat hanpon aku sekali. Hanpon aku bersih sangat ni." kata Alang (bukan nama sebenar) dengan wajah sangap lebih.

Tiba-tiba Meon buka topik lain, " Korang percaya tak hanpon Ustazah Ana (bukan nama sebenar) pun ada blue gak? "

" Bodo pnye Meon, kau jangan duk cakap je. Bukti mane?" soal Alang.

"Ala, meh sini aku nak tunjuk, haaa ni nampak ni? cuba baca betul-betul. B.L.U.E.T.O.O.T.H. Model hanpon Ustazah Ana kan sama cam aku, gerenti la ada blue gak. Kan, kan, kan?

Sambung Meon lagi,

"Ni ha tengok sini, aku baru je blueetooth mp3 dengan abg aku. Tu bnyk mat salleh je." kata Meon dengan muka mintak penampar.


hp aku ni pun ada blue gak!


"Kepala hatuk kau la Meon, buang masa aku je bangun dari katil ni! " marah Along sambil bagi sebijik atas kepala Meon.

Dengan muka bangga sebab dapat mengenakan dorang yg kaki sangap ni, lalu Meon jerit, " Handphone aku ada blue, handphone kau ada ke?"



Huh, nasib baik la aku just dengar je dari atas katil aku. Hahaha, aku dah agak dah mesti ada je idea bodoh si Meon tu.



p/s : guna kemudahan teknologi tu dengan sebaik-baiknya. jangan salahgunakan ia.