tinggalkan link anda

20 Disember 2010

Bugatti Veyron - Si Supercar Terpantas di Dunia !!





Sebenarnya, lama dah aku nak kongsikan pasal 'supercar' ni dengan semua, cuma aku tak ada masa + malas nak menulis je yang jadi terbantut sangat-sangat pasal entry ni. Aku ni bukan lah salesman yg nak promosikan barangnye, tapi aku sekadar ingin berkongsi 'kehebatan' kereta yang memang susah ataupun hampir mustahil akan masuk Malaysia ini. Tak silap aku, masa tengah search2 kat google, nilai Bugatti Veyron ni lebih dari RM10juta !!!

Apa yang hebat sangat pasal keta ni ek? tapi yang aku pasti, ada dua jenis. Satu Bugatti Veyron yang jenis biasa dan satu lagi jenis Super Sport.


Bugatti Veyron


Bugatti Veyron Super Sport


ape macam ? gerun tak korang tengok keta ni? memang gerun weh, takat BMW 5series tuh pejam mata boleh tapau. Belum aku cite pasal spesifikasi kete ni lagi. hohoho...



top speed keta ni boleh cecah sampai 408 km/h dan 431 km/h utk Super Sport. pehhh, what the fishhh ! dah macam jet dah, cume kurang sikit je. hahaa. lau topspeed tu maintain je time bawak, takat Penang - JB tak sampai pun 1jam setengah ! (mustahil la kan) hehehehe .. keta ni jugak, disenaraikan sebagai salah satu kereta terpantas didunia yang sebelum ni rekod dipegang selama 11 tahun oleh MCLaren LM (ruj : this site) .


408 km/h .. wow !



antara info yang aku nak kongsi lagi ialah tentang tayar dia. berdasarkan ape yg aku tengok dalam Discovery Channel kat Astro dulu, tayar dia ni bernilai $17,000 utk keempat-empat bijik. Kalau convert ke RM, tak ke dah jadi RM52,700. aku menjerit, wow !! dah boleh Proton Perdana second hand cash sebijik woo !!! dah la mahal, pastu tahap penggunaan tayar yang selamat hanya untuk 9000KM je. lebih dari tu boleh, tapi cuma tak selamat je la sebab keta ni dah la laju, kalau korang tak lenjan takpe gak. hahahaha!

tapi, tayar keta ni hanya digunakan kat keta ni sahaja dan mmg terjamin kualitinya sbb memang telah diuji berkali2 dikilangnya, Michelin. so, tak heran la kalau korang boleh pandu kereta ni lebih dari 400 KM/h dengan rasa selamat dan bangge nye. HAHAHA!


selain tu jugak, keta ni hanya disambung oleh 14 batang Bolt je ! bolt die tu mmg keras tak hengat la sbb dibuat dari Titanium la kate kan. pastu, nilai sebatang bolt die tu lebih dari $100 ! bolt dia saje dah boleh beli Kancil secondhand sebijik wehh !


harga tayar ngn bolt die je dah tak ingt dunia!



selain tu, Bugatti Veyron ni juga, ada dua Braking System iaitu disc brake dan air brake. disc brake ni mmg ada kat kebanyakan keta biasa la, tapi air brake ni special kat keta ni. apabila ia mencapai kelajuan tertentu, double pop-up spoiler ni akan naik dan berfungsi sebagai brek angin disamping brek kaki untuk mengawal kelajuan kenderaan. ia dilengkapi dengan ABS (anti-lock braking system) yang dipasang kat handbrake utk digunakan ketika kegagalan brek kaki berlaku.


kalau korang nak tau, Bugatti Veyron Braking System ni juga diiktiraf sebagai salah satu sistem brek yang paling unggul didunia. korang boleh fikir sendiri la, kalau brek dia ni cikai2, cam ne la kan nak berentikan keta ni lau tgah speeding sampai 400++ KM/h . hohohoho...


Brek udara yg unggul !



benda last yg aku nak share ialah tentang tangki minyak dia. kalau isi penuh tu, lebih kurang 12 US Gallon lah. kalau di convert dalam liter lebih kurang 45.5liter la. lebih sikit je dari tangki MyVi (40liter). tapi, lagi satu fakta yang aku masih ingat dan nak kongsi dengan korang, kalau keta ni di lenjan sampai 407km/h dan maintain, minyak sebanyak 12 gelen tu boleh kering terus dalam masa tak sampai 15 minit pun !!! gilo, pak arab tokey minyak mampu la , hahaha!

mane tak nye, keta ni kalau tekan betul2 habis,ia akan capai 0–400 km/h (0–248.5 mph) dalam masa 50 saat je, wowww ! dah la topspeed mencanak, pickup pon gila mencanak cepat. tak leh fikir camne la lau aku dapat bawak keta ni.hehehehe =.=

takat highway karak, relax je tekan :D



ape je yg aku tulis utk entry ni berdasarkan laman web rujukan serta fakta2 yang aku masih ingat dalam kepala masa tengok kat Discovery Channel dulu. kebanyakan fakta dalam ni ape yang aku ingat, kalau ada salah tu mintak diperbetulkan yep?


p/s : kelajuan membunuh, hehehe. pandu cermat jiwa selamat :D

0 komen berSAHAJA: