tinggalkan link anda

25 Februari 2011

Apabila rabun hilang cermin mata

Tu diaaa ! Susah jugak jadi si rabun macam aku ni ek? Haha. Kalau rabun sikit-sikit takpe. ni dah tahap tinggi la jugak. Segala-galanya rasa macam terbatas. Nak online pun kalau boleh macam nak terkam masuk kat cermin laptop ni. Punya la tak nampak kan. Aihhh.


Aku open cite pasal ni pun sebab spek aku baru je patah cermin belah kirinya. Walau ada sebelah kanan pun, kalau pakai kat luar orang kata gila la pulak kan. Patah ni pun sebab membe aku tak sengaja terpijak masa aku tido petang dalam 3 hari lepas.. Hehehe. Pehh, cengkoi gila jadi spek aku, haha!

nasib baik bingkai bengkok sikit je.



Skang dah pakai spek baru. Terus angkat sekali dengan bingkai walaupun bingkai tak patah kan. Harga boleh tahan la, amek sekali dengan bingkai baru terus. Tengok harga sama je dengan tukar cermin. Baik amek baru terus ye tak?


Kat sini aku senaraikan yang kureng besh nye jadi orang rabun tahap teruk macam aku ni. Kalau rabun biasa-biasa tu takde masalah sangat kot.


1. tak boleh pakai spek hitam (takkan nak pakai 2 lapis spek pulak kan?)

2. selalunya orang rabun ni akan silau sikit masa bawak keta waktu malam.

3. nak pakai google masa mandi kat swimming pool pun susah.

4. automatik menjadi pekak sedikit apabila tak pakai spek (bukan pekak
betul2, cuma macam kurang keyakinan bila orang panggil ke ape)

5. tak berapa selasa kalau nak pakai headphone dengar lagu.

6. yang paling pentingnya, kalau dah rabun teruk tu, rasa macam buta kalau spek hilang.



Tapi, orang yang pakai spek ni ada kelebihannya jugak. Antaranya ialah :

1. boleh tido dalam bilik kuliah (make sure cermin spek tu gelap. hahaha)

2. nampak stylo kalau orang yang pandai bergaya la, tapi bukan aku la, hehe.

3. muka nampak innocent walau buat salah.

4. dapat merasa dua pandangan mata yg berbeza (kabur bila tak pakai spek, terang bila pakai spek) hehe.

5. yang pentingnya, perdana menteri kita skarang pun pakai spek jugak woo !



So, sapa yang pakai spek tu probability tinggi la nak jadi Perdana Menteri dari orang yang tak pakai spek. Hahahaha.


Ifwat : nak pakai contact lens tapi fikir risiko tinggi.

19 Februari 2011

Leggings are NOT pants !

Salam bloggers. Lama jugak aku menyepi tanpa blogwalking dan update entry, tetiba kali ni ada pulak benda yang aku rasa seronok pulak nak kongsi dengan korang semua.


Nak buat entry macam ni pun kadang2 pk 2-3 kali gak. Yelah, kot-kot la ada yang terasa kan. Tapi aku mintak maaf awal-awal la kalau-kalau tak leh terima hakikat ni ke. Mana tak nya, kalu aku g mana-mana mall area Penang ni cukup la, boleh kata menjadi satu kepastian terjumpa budak-budak perempuan Melayu pakai benda ni. Nak kata semua tu tak la, aku kata ni kat sebahagian je. Ditegaskan, sebahagian sahaja.


Tapi yang aku pelik, kat dalam Facebook, aku ada jumpa satu page yang tak setuju 'leggings' ni dikategorikan sebagai seluar. Yang buat aku bertambah heran lagi, creator page ni mat saleh, dan yang like pun boleh kata semua mat salleh ! Kalau korang tengok kat wall page ni pun, dorang semua duk mengatakan leggings ni sama macam bogel je dan macam-macam lagi lah.


Aku ada amek printscreen utk page ni, korang tengok la. Tak pun korang boleh terus direct pegi kat page ni, aku dah sertakan sekali dengan linknya kat bawah ni.



klik SINI utk ke page ni.



Entry kali ni sesuai sangat dengan pepatah yang aku sendiri gubah, "mat saleh kata leggings are NOT pants, melayu kata leggings SATU TREND !".

Sebelum aku undur diri, aku mengingati kat sape-sape pun termasuk diri aku sendiri, jangan la kita menelanjangkan agama dan bangsa kita hanya kerana dosa kita sendiri. Salam sejahtera dan selamat berblogging.


Ifwat : back to al-Quran.

13 Februari 2011

Kalau nak trafik lebih pun, tak perlu la macam ni.

Agak lama aku tak update entry baru, dan jarang pulak nak blogwalking ni disebabkan terlalu sibuk dengan kelas yang sememangnya buat aku tak da masa nak ngadap laptop sangat. Tapi tu tak mengapa la, adat la jadi student kan. Masa tu semestinya banyak dihabiskan dengan pergi kelas dan kadang2 tu ada la jugak study, hehehe.


Straight to the point, malas nak cakap banyak. Korang tengok jela apa yang aku baru dapat perasan baru2 ni. Patut la aku pelik, asal la aku klik je kat shoutmix aku, duk kuar website yang sama je. Yela, kadang2 ni, kita malas la nak usha link ape yang orang post kat shoutmix kte sebelum klik atas dasar percaya. Yang aku heran, dia buh nama lain-lain. Gaya ayat pun lain-lain.



Kat bawah ni aku sertakan beberapa keping gambar yang aku buat printscreen. Bandingkan dengan semua gambar yang aku bagi.


gambar 1


gambar 2.


gambar 3.


gambar 4.



Kalau korang perasan, masa dia post message tu pun dalam jangka masa yang dekat2. Pada hari yang sama (12.2.2011). Apa websitenya bia lah aku simpan sendiri. Dan semua msg2 dia kat shoutmix aku, aku dah delete. Kalau aku tak delete, nanti ada yang cari pulak kan. Aku takda la nak marah sangat, tapi kalau betol2 nak exchange link tu, tak kesah la. Aku pun suka. Dah la kat website dia tu takde sebarang chatbox (tak silap aku) untuk aku leave msg kat dia balik.


Tak pasal2 aku dah banned dia punya IP termasuk dengan site dia sekali. Yela, kalau nak trafik tinggi pun, tak perlu la nak jadi spammer. Sesape pun dalam dunia IT ni benci dengan spammer macam tu. Soorryy to say. Betulkan aku kalau silap.




Ifwat : sapa makan cili, dia yang rasa pedasnya.

07 Februari 2011

Pendedahan : Facebook bagaikan hantu tidak berupa di Israel.



Ala, ape la aku ni. Buat topik bajet saspen je. Nampak topik macam gempak. Aihh, kadang-kadang nak wat entry pun lagi bagus sebenarnya yang boleh buat orang baca dengan penuh rasa saspen dan ada efek "WOW!". Hahaha. Maksud aku "bagai hantu tidak berupa" tu takde kena mengena dengan hantu pun, tapi cuma nak menggambar kan betapa kurang mendapat sambutannya halaman sosial Facebook tu kat negara foundernya sendiri berbanding dengan negara-negara lain.


Disini buktinya :

Tempat ke-3 tu !

See? Ranking ke-3 je kot. Ada lagi website-website lain yang lagi penting bagi penduduk negara haram Israel ni. Kemudian, tengok pulak ranking facebook dalam salah sebuah negara maju dalam Asia iaitu Jepun.



Facebook ranking ke-15?



Nah ! Ranking ke-15 terus. Tengok situ je kite dah boleh fikir sendiri dah. Walaupun kecoh satu dunia pasal laman sosial Facebook ni pun tapi orang-orang di negara maju ni takde la macam menggelabah sangat konon-konon nya takde akaun Facebook ni tanda seseorang tu kelihatan kolot, tak up-to-date la konon nya ataupun mundur. Tanpa penggunaan Facebook yang meluas kat negara diorang pun, diorang tetap boleh hidup je, lagi maju ada la.


Sekarang kita tengok pulak ranking site kat Malaysia yang kononnya sapa yang takde akaun Facebook ni tak up-to date punya orang.



yeah, Facebook popular kat Malaysia!



Tengok? Facebook mengalah kan google dalam ranking Malaysia ni! Korang boleh la buat kesimpulan sendiri kan, kat negara asal pengasas website ni pun duk kat ranking ke-3, tapi kat negara kita jadi no 1 pulak?


Tapi nak wat cemana kan, aku sendiri pun guna Facebook ni. Cuma kerap dengan tak kerap bukak jela. Hehehe. Tapi site yang ranking ke-4 dalam Malaysia tu la yang bnyk mengubah hidup aku, hehehe.


Untuk pengetahuan korang, negara China telah block laman web sosial Facebook ni. Dan kat sini ada lagi beberapa senarai laman web yang negara China sekat. Kesimpulan kes ni, Facebook tidak popular atau kurang dilawati di Israel, iaitu negara asal pengasasnya sendiri.




Ifwat : guna facebook hanya untuk cari kawan lama.

05 Februari 2011

Alhamdulillah, selamat tiba.

Salam pagi kepada bloggers dan followers Ifwat sekalian. Maaf la, mungkin selamam (Jumaat), Ifwat langsung tak dapat nak balas kunjungan dan jejak rakan-rakan semua sebab memang tak dapat nak online langsung. Yelah, hari last dengan family la kata kan, kuar la jalan-jalan sikit dan pergi shopping moping kat Tesco KB sebelum nak balik ke Penang balik ni. Sempat jugak la beli apa-apa yang patut semalam. Nak beli masa kat Penang ni, guna duit sendiri memang tak sangat lah kan? Hehehehe.






Akhirnya, pagi ni selamat juga sampai kat Penang. Alhamdulillah. Lebih kurang 5 jam perjalanan dari Machang. Malam tadi pun, bus yang sepatutnya naik pukul 11 lebih, tersampai lewat juga, dalam pukul 12 malam macam tu. Dengar-dengar cerita nya, jalan jem teruk masa kat KB lagi. Biasalah, cuti raya Cina kan, ramai pulak yang nak keluar shopping dan bawa family keluar jalan-jalan area bandar KB ni. Duduk dalam bas 5 jam pun, panas punggung jugak lah nak boleh sampai ke Penang ni. Faham-faham sendiri la, naik bas ni kita bukan boleh tidur lena sangat pun. Baru nak lena sikit, tiba-tiba terjaga. Lagipun, jalan dari yang bas lalu nak ke Penang dari Kelantan ni cuma satu je, iaitu lebuhraya Grik-Pasir Puteh. Sapa yang biasa lalu jalan tu memang faham la, dengan bukit-bukau nya, dan paling bahaya, kawasan tu banyak bapak-bapak dan emak-emak GAJAH melintas.







Nasib baik lah tadi, sesampainya aku kat Penang Sentral dah lebih kurang 5.30 pagi. Takde la awal sangat kan. Mula-mula tu ingat nak naik teksi je balik rumah sewa aku, tapi housemate aku, Shafiq tak bagi. Dia suruh aku call je dia bila dah sampai Penang, dia akan amik aku. Tapi memang tak berbaloi la, dari Penang Sentral ke rumah sewa aku satu teksi caj sampai RM20! Pehh, sakit woo. Benda bukan jauh mana pun. Apa-apa pun, thanx sangat kat Shafiq sebab sanggup susah payah pegi amek dengan Baby Vivanya aku pagi-pagi buta kat stesen bas tu dengan 2 bijik beg lagi aku bawak balik.




Ifwat : Tak suka naik bas malam-malam ni.

04 Februari 2011

[Contest] Jejaka Terhangat Nak Bagi Henpon Free..!!!

Ada siapa yang nak dapat handphone free tak??
Jom kita join Contest dari Jejaka Terhangat.....


Sebelum tu, aku nak say tengs sangat-sangat kat Cik Ain kite sebab tak lupa nak tag kat aku ni. Dan sebelum tu, sapa2 yang nak join contest ni, jangan buang masa la, boleh terus direct ke blog Jejaka Terhangat ni untuk terus membaca syarat-syaratnya :)


Kenapa harus Ifwat dapat henpon ni?

Antara sebabnya ialah, Ifwat ni kalau nak beli henpon baru sendiri bukan nya mampu sangat. Yelah, student la katakan. Kerja pun tak lagi. Nak makan pun harap duit mak bapak yang bagi kan? Henpon yang aku pakai sekarang ni pun, dah buruk tahap gaban dah. Terasa gak la nak pakai henpon baru kan. Kalau dapat henpon yang Jejaka Terhangat yang hensem lagi kacak bergaya dan hangat ni nak bagi, hanpon lama aku ni, boleh la bagi adik aku pakai pulak. Kesian dia, dah lama ngidam nak pakai henpon, tapi tak kesampaian. Disamping itu juga (ayat karangan SPM), kalau dapat handpon ni, boleh la aku buktikan kat kawan-kawan aku yang main blog ni bukan la benda yang buang masa dan duk ngadap blog je semata-mata, tapi ada pekdah nya. Sebab, ada gak kawan-kawan aku yang duk bising kata aku ni ngadap je 24 jam depan blog, tapi macam tu jugak, bengang jugak kadang2 tuh. aihhhhh. Sekian saje dari aku :)



Ifwat nak tag dorang ni yang cool :

1. Zaty

03 Februari 2011

"1st GA - I Lurve My Mum So Much..."



Salam petang semua blogger sekalian. Lame jugak la aku tak de join ape-ape contest takpun ape-ape GA ni memandangkan kuliah aku dah start kan. Ni tengah cuti raya Cina, tu yg boleh nak merayap je tiap masa n time2 cuti ni la nak join ape-ape GA yang ada kan? Hehe. Kebetulan pulak utk GA ni, Cik Natra Shereena yang tag aku, so tanpa buang masa aku join jelahh. Hehe.


Sape-sape yang nak join ni, boleh la tengok segala syarat kat blog Cik Miera ni. Hadiah utama RM100, kedua pulak sebanyak RM80 dan ketiga sebanyak RM60.


gambar aku bersama umi aku n adik aku masa hari
raya tahun lepas.


Ceghita-ceghiti sikit :


Umi, ibu, mama, emak, mummy, mother aku ni memang la dah banyak buat pengorbanan kat aku. Tanya la sesapa pun yang ada emak atas dunia ni, ada ke dapat emak yang tak pernah berkorban? Aku rasa takda kot. Kalau dia tak berkorban demi kita, confirm2 sekarang ni kita dah takde punya boleh create blog ni dan boleh berjalan sendiri dengan hebat dan megahnya macam hari ni. Yelah, masing-masing bila dah besar, pakai kereta hebat-hebat, kerja bergaji lumayan dah boleh hidup sendiri, rasa macam ibu pun tak diperlukan kan? Tapi bagi sesetengah orang yang memang tak ada hati perut, diorang memang sanggup buat macam tu. Tapi diorang tak fikir ke masa mula-mula diorang masuk darjah 1 dulu ibu dorang jugak yang pimpin tangan hantr pergi sekolah? Bagi yang hidup susah sikit,n takde kenderaan tu, kadang-kadang ibu bergilir dengan ayah hantar kita pergi sekolah naik basikal. Terkecuali la bg yang ibu nya pergi dulu masa dia kecik, etc. Maaf Cik Miera, dah lari topik. Hehe. Antara pengorbanan besar yang umi aku buat kat aku ialah melahirkan aku ke dunia ni. Tu je yang paling bermakna bagi aku sebab aku hidup sampai sekarang, saat aku nak dilahirkan ni susah sangat-sangat. Misi kata aku ni Big Baby. Aku dilahirkan dengan cara pembedahan, bukan dengan cara normal macam bayi-bayi lain. Berat aku masa baru keluar dari perut tu tak silap lebih 4.45KG! Korang tanya la mak korang, baby baru lahir yang lebih dari 4.45KG tu besar ke tak? Memang perit dan besar sangat pengorbanan umi aku tu. Bertarung dengan nyawa. Dahla anak pertama pulak tu, pastu 'beranak belah' pulak. Aku dengar cite umi aku pun seram dan tersentuh secara nuraninya. Susah sangat-sangat seorang ibu nak melahirkan seorang anak tu. Nasihat aku, sesape yang masih hidup lagi ibu, emak, mummy, umi, mama, dan mothernya, curahlah jasa sebelum menyesal kerana tak sempat nak berjasa.



Anda yang di tag :

3. Eika
4. Sape-sape yang nak join lagi.
tak larat nak list semue.hehe

02 Februari 2011

Tanda-tanda kiamat.



  • Hijaunya bumi arafah.

  • Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah @ perceraian tidak diluluskan mahkamah.

  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.

  • Keluar asap tebal dibumi hijaz.(Perang iraq-kuwait 1990)

  • Munculnya nabi palsu yang ke 40.(sekarang sudah 38 orang)

  • Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.( pertamanya ilmu faraid)

  • Berlaku perang besar dikawasan kaukasus ( israel-turki-eropah-russia)

  • Runtuhnya Ka'abah diserang oleh orang habshah(sudan-etophia-eriteria.)

  • Laut merah kering.

  • 3 kali gempa bumi,(bom nuklear)sekali di timur(Korea utara), sekali di barat(USA), ketiga di Semenanjung Arab.(oleh tentera New World Order)

  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj (Gog & Magog) memakan mayat mayat perang.

  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.

  • Munculnya Imam Mahdi.

  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.

  • Matahari terbit dari ufuk barat.

  • Terdengar tiupan sangkakala pertama.

Tak logik langsung !

Pehhh, skg ni blog aku dipenuhi dengan gambar-gambar yang pelik-pelik yang aku jumpa dimerata-rata tempat, termasuk la facebook, google dan sebagainya. Tapi aku jamin la, apa yg aku dapat ni, fresh lagi la. Kalau ada yang pernah tengok pun, maybe tak ramai. Tapi kalau korang usha gambar ni betul-betul, mesti 1000 kali korang fikir kan kalau betul-betul ada orang terdesak nak guna jamban.



klik untuk besarkan imej kalau stil kabur.




Yang buat aku macam nak tercabut gigi nak ketawa nya bila tengok lambang OKU pun ada sama dorang pegi letak kat situ. Kahkahkah. Kalau betul la terdesak nak guna jamban kan, takkan dengan kerusi roda nak panjat tangga tu? Apa macam? Sapa ada bran guna kerusi roda panjat tangga?





p/s : pernah terjun dari pagar tinggi sebab nak 'fly' masa duk asrama sekolah dulu2.

01 Februari 2011

CIMB Bank dah bankrap ?

Tadi. masa aku tengah merayap-rayap lagi kat facebook. tetiba aku tengok ada satu benda yang tak boleh diterima akal kat satu wall picture teman aku.

HAHAHAHA. Satu patah perkataan yang mampu aku ungkapkan sambil mulutku ternganga luas lantaran daripada ketawa yang macam orang sawan tu bila tengok gamba ni. Hairan betul la aku, takkan la sampai macam ni skali kot?





Tapi aku fikir positif la sikit, maybe ni produk terbaru dari CIMB Bank kot? hehehe. Mustahil la bank ternama tu boleh bankrap kan? hehe. Budak-budak pun suka tengok, comel je. Kehkehkeh.


p/s : sambut dengan baik produk terbaru dari CIMB ni.