tinggalkan link anda

30 Disember 2010

Bukti blogwalking amat2 memerlukan CPU dan Internet yg pantas !



Aku mmg suke sangat2 blogwalking (BW) ni. bg aku, sehari tak blogwalking, dah macam hape dah rasa hidup ni. kadang-kadang, benda ni boleh buat aku ketagih. hehehe.. tapi banyak sangat masalah yang aku hadapi masa tgah BW ni, contohnya laptop aku msti akan jadi sangkot-sangkot, kadang-kadang sampai hang terus ! ia selalu terjadi bila aku bukak sampai 6-7 tab.. hehe.. yelah, laptop yg aku gune ni dah lame aku pakai, masa taun 2006 lg, aku form 3 masa tu, umi aku bg kat aku.



acer aspire 3620 aku. otai beb !




kadang-kadang tu, aku betul-betul tak suke bila aku bukak banyak2 tab skaligus, semua blog yg aku bukak tu, mengeluarkan lagu, lagu buat laptop aku jadi SLOW yang amat ! dah jadi slow motion kadang2 laptop otai aku ni..hehehehe.. kalau dalam bnyk2 blog tu ada 1 blog je yg putarkan lagu takpe gak, ni lau dah kesemua blog yg aku bukak tu ada putarkan lagu masing-masing ? tak ke bercampurhaduk bunyi nye. hohoho .. mmg macam siput la laptop aku ni berfungsi walau aku pnye RAM dah upgrade kpd 2GB, tapi CPU nye tetap rendah, iaitu 1.7GHz je (standard laptop lame).


siput oh siput !



internet pon main peranan penting gak, lau internet korang lembab pon, merangkak-rangkak gak nak bukak satu-satu page tuh, haha! tambah-tambah lagi kalau nak BW ni mmg memerlukan internet yg laju utk bukak bnyk-bnyk blog skaligus mcm yg aku slalu buat la. tak tau la kalau korang BW bukak satu blog je pd masa yg sama kn? skill masing-masing, betul tak ? lau internet laju, takde la bersawang menunggu macam gambar kat bawah ni, hohohoho.. nasib baik la internet aku laju, hehehehe ..



perkara yg tidak mustahil berlaku..hahaha!




kesimpulannya, terbukti la kalau nak blogwalking ni mmg memerlukan CPU yang pantas dan tak lupe juga internet yg pantas.. lau macam pengguna broadband spt Celcom, Maxis atau Digi tu, takat dapat line GPRS je mmg sakit la nak blogwalking ni, hehehe.. betul kn?




p/s : laptop otai pun tak ketinggalan guna Windows 7 .. hehe

Macam mane nak guna domain & hosting sndiri .

Saya percaya ramai diluar sana masih lagi tak nak beli domain sendiri disebabkan tidak tahu macam mana cara untuk membeli domain dan hosting yang disediakan oleh syarikat-syarikat hosting di Malaysia ni.

Tetapi ramai belum tahu, so mari saya tunjukkan bagaimana nak beli domain dan hosting sendiri.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membuat survey berkenaan dengan hosting dengan domain dibeberapa syarikat hosting yang terbaik dan murah. Tetapi “terbaik” adalah terlalu subjektif sebenarnya.

Apa yang boleh dicadangkan untuk anda ialah sebagai permulaannya carilah syarikat hosting yang menyediakan pakej yang murah seperti yang saya cadangkan sebelum ni iaitu Netkl.com, pakej yang ditawarkan murah dan harga bermula dari RM60 sehinggalah RM200.

Saya bukan ejen netkl.com tetapi setelah survey yang saya buat dan pengalaman saya, netkl.com adalah yang sesuai untuk anda memulakan blog dot com anda sendiri.

So kita mulakan langkah pertama dahulu :

Langkah Pertama : layari www.netkl.com

Pilih pakej Basic ( RM 60 setahun percuma domain)

http://netkl.com/hosting.html

Untuk pakej Basic ini anda mendapat Disk space sebanyak 400MB, bagi saya sudah cukup untuk anda hostkan blog anda dan anda boleh upgrade bila-bila masa untuk menambah kapasiti storan yang disediakan.

Saya guna tak sampai 300MB pun setahun untuk buat blog (langkah berjimat space ialah gambar yang ingin dimasukkan di setiap artikel anda hostkan dkt image hosting yang percuma seperti imageshack, photobucket dan banyak lagi la, dah panjang pulak penerangannya

Ok lihat gambar di bawah

pakej hosting basic netkl

Klik pada butang “Order Now!” untuk membeli pakej hosting basic ini dengan percuma hosting.

NetKL Network - Shopping Cart_1265759755880

Selepas order now tadi anda dibawakan ke page seperti gambar di atas. Apa yang perlu anda lakukan ialah dekat kotak merah tu je yang perlu anda lakukan, pilih domain yang anda suka. Saya faham ramai yang mengalami kesukaran untuk memilih domain yang sesuai, saya pun seperti anda juga pada suatu ketika dulu. Tips saya senang jer, pilih domain yang berkait dengan anda seperti nama anda ataupun trademark anda contohnya abgbotak.com ke…

Lepas dah pilih domain yang anda nak, klik pada butang “click to continue” untuk meneruskan pembelian. Lihat gambar di bawah.

NetKL Network1 - Shopping Cart_1265760157379

Kalau domain yang anda pilih masih lagi available @ domain tu masih lagi tidak dibeli oleh orang lain gambar seperti di atas akan terpapar dan anda perlu tick pada kotak “available order now”. selepas tu anda klik je butang “click to continue”, mudah bukan? kalau susah gak, hantukkan kepala kat dinding, tak pun kalau anda berada di tepi tingkap, terjun ke bawah pastu naik balik dan baca balik apa yang saya tulis (itupan kalau anda masih lagi hidup selepas terjun tadi)… gurau jer

NetKL Network - Shopping Cart_1265760491081

Tengok gambar kat atas tu, untuk billing cycle apabila anda pilih untuk bayar secara tahunan, then kuar lah statement free domain. so apa lagi pilih la bayar secara tahunan. Untuk configuration option tu tak perlu usik apa-apa, klik sahaja ” Update Cart” untuk meneruskan proses pembelian.

Langkah seterusnya ialah seperti gambar dibawah

NetKL Network - Shopping Cart_1265760703512

Tengok kat atas tu, untuk domain nakbeliblog.com tak der charge pun. free sekiranya anda bayar hosting untuk setahun yang berharga RM 60. Dan sekiranya anda dapat promotional code, boleh masukkan coupun code tersebut untuk menikmati diskaun.

Selepas itu klik pada ” Checkout” untuk meneruskan langkah dalam membeli hosting di netkl

NetKL Network - Shopping Cart_1265847967811

Isi maklumat diatas untuk meneruskan pembayaran, selepas itu klik pada “complete order” untuk meneruskan pembayaran, dan invoice dari netkl akan dihantar ke email anda untuk membuat pembayaran, lihat contoh di bawah

customer invoice untuk netkl dot com

Sila buat pembayaran kepada Netkl melalui online ataupun cash deposit machine (saya galakkan anda membuat pembayaran secara online samada melalui maybank2u.com, cimbclick ataupun bank-bank lain. Selepas pembayaran dibuat, hantarkan resit pembayaran kepada sales@Netkl.com untuk pengesahan pembayaran, selalunya tak sampai satu jam, pihak netkl akan mengesahkan pembayaran anda serta menghantar email susulan berkenaan login cpanel dan sebagainya untuk hosting yang telah anda beli, lihat contoh dibawah

payment confirmation

Selepas anda mendapat pengesahan pembayaran daripada pihak admin netkl, satu lagi email dari pihak netkl akan menyusul untuk memberikan maklumat cpanel hosting dan domain yang telah anda beli seperti gambar di bawah

cpanel account information

Tadaaa… sekarang anda telah membaca sampai saat ini, bermakna anda sudah faham dan sudah berjaya untuk membuat pembelian domain dan hosting, mudah bukan?

Sebenarnya bukan susah pun untuk melakukan semua ni, cuma kadang minda kita je berkata leceh dan susah nak buat semua ni.

Selepas anda mendapat semua maklumat yang diberikan, boleh lah anda akses cpanel untuk hosting dan domain yang anda beli, dan nasihat saya selepas kali pertama menggunakan cpanel, tukar password yang telah diberikan oleh pihak admin netkl kepada password yang senang untuk anda ingat dan pastikan segala email yang berkaitan dengan netkl janganlah anda delete, letak di dalam satu folder email anda.


$100 credit to Muhammad Tarmizi. thanks bro.



p/s : dalam usaha nak guna domain sendiri gak ni :)

29 Disember 2010

Lagu Negaraku di hina dalam facebook !

sumber ni dari facebook gak aku dapat, korang boleh tengok, baca, fahamkan, dan nilai la sendiri kenapa boleh jadi macam ni.. tak silap aku, ni semua gara-gara bola la..


klik utk besarkan imej



ape komen korang? kedaulatan raja kita diper'anjing'kan ! fikir la sendiri, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga .. wallahua'alam.




p/s : kita negara serumpun, tak elok berkelahi.

Malaysia akan kalah pusingan kedua ?



sedang aku membaca dan mengomen status kawan2 aku kat Facebook, tetiba aku nampak ada satu tag photo kawan aku yang boleh membuat aku terfikir sejenak lalu ketawa. hehehehehe.. lihat screenshot yang aku dapat kat facebook ni..



klik utk besarkan imej



dengan tak semena-mena aku menjerit, WOW! hahaha.. mampus la Malaysia lepas ni.. orang indon dah la kuat-kuat ilmu.. kakakakaka.. tapi sorry la, aku sikit pun tak pcaye bomoh-bomoh ni okeyy? hehee.. kite tengok sndiri la keputusannya nanti.


Logo FAM



kalau sebelum ni penyokong-penyokong Malaysia, termasuk aku sndiri boleh terima kekalahan dengan Indonesia, takkan malam kekalahan Indon tu, diorang takleh terima ? be professional okeyyy penyokong-penyokong Indonesia ?



p/s : kalau betol kuat ilmu, apehal tak santaukan aje pemimpin2 besar ISRAEL tu bg mampus?

28 Disember 2010

Al-kisah apabila Samy Vellu berbahasa Melayu.

apa yang aku nak share kan arini bukan lah mempunyai sebarang agenda politik mahupun mencetus isu perkauman. tapi sekadar untuk berkongsi sambil-sambil ketawa melepaskan tensen sehari-hari aku bila cuti semester aku yang kian habis ni.hehehehe. macam-macam bahan lawak yang aku jmpe, tp ni yg aku rasa macam kelakar habis je, hahaha!



klik gambar bawah utk besarkan imej



HAHAHAHA! baca habis dah? macam haram, sape la yang bagus sangat jadi stalker si Samy Vellu ni, sampai ada yang buat camni. lawak, lawak.



p/s : masih ada orang-orang atasan negara Malaysia ni yg tak beberapa fasih dalam berbahasa Melayu.

27 Disember 2010

Lagi cara penipuan internet banking melalui email ! (scam/phishing)

hampir kul 3 pagi, aku still tak leh tido lagi, kena angin pantai pulak yang sepoi-sepoi bahasa, lagi la sedap meng'online' tengah pagi-pagi buta . lupa nak cakap, masa aku tulis entry ni, aku bermalam kat Perdana Resort, KB. sekadar cuti-cuti family utk menghabiskan sisa-sisa cuti semester aku dan cuti skolah adik-adik aku ni. tempat aku bermalam ni mmg cool gila, rumah berkembar dua then, betol2 ngadap tasik buatan, silap tak bawak kail je, hehehhe.


tempat family aku sewa, betul2 dalam bulatan merah tu




mata semakin mengantuk, aku pun mula la memulakan aktiviti biasa sebelum tidur iaitu blogwalk-ing sambil-sambil mencari bahan kat Google utk menulis sebarang catatan utk blog aku ni, lalu terjumpa la satu imej yang menunjukkan satu screenshot sebuah email yang telah dikirimkan kepada seorang pengguna. lihat foto dibawah :


sebuah email palsu dari maybank2u.com



wahhhhhh !! pelik bukan ? login kat site maybank2u betol punya dah, tapi tak pasal-pasal lak dia -suh send Username, Password, n TAC kat satu laman web lain. kadang-kadang, walau penipuan tu jelas nyata, tapi selalunya pengguna yang kurang peka tentang benda-benda macam ni mesti akan terkena juga !


TAC - kaedah selamat perbankan internet,
iaitu setiap transaksi mesti dimasukkan nombor
pengesahan yang dihantarkan kpd no telefon
bimbit tuan punya akaun




sesape yg pernah terkena tuh, korang tetap takleh salahkan maybank2u, sbb dalam Terms & Condition dia dah termaktub bahawa maybank2u takkan wat transaksi melalui email !




huh ! macam-macam kan dunia skarang? pelbagai cara digunakan utk menipu orang lain dengan mencari kelemahan mereka. cuak betol aku tengok benda-benda penipuan macam ni, dah la aku ni pengguna tegar bank islam internet banking dan cimbclicks.


cimbclicks


bank islam




pesanan ikhlas utk rakan-rakan dan utk dri aku juga =. .=


SELAMAT MALAM :)


p/s : duit haram tetap jadi darah daging. jangan main2! [>.<]

24 Disember 2010

awas, maklumat akaun dan kata laluan email anda mungkin terdedah ! ( phishing/scam )

lebih kurang 4 hari aku duk lepak kat umah pakcik, langsung aku tak online. lau facebook tu, aku harapkan guna celcom SMS je, malas gila nak bukak laptop walaupun aku mmg bawak laptop. nak update blog aku yg baru mula nak naik ni lagi la tak. mane tak nye, tiap2 malam mesti folo pakcik aku g mancing ikan siakap, balik je dah subuh, hehehe. tapi sepanjang aku ikot mengail ni, sekor pon aku tak dapat ikan lagi. hohoho. noob gile kan aku ? =.=


siakap merah yg chunn !



yang ni plak siakap putih,hehehe



mentang2 la topik aku tu phishing,terus nak cite pasal ikan lak kan? tapi maksud aku tu bukan pasal 'phishing' ikan, tapi pasal phishing duit korang !

berdasarkan urban dictionary :

phishing bermaksud "Tricking an internet user into giving you his/her login name and password. Could also be used to get credit card information. Usualy an act of a lamer on AOL"


MANAKALA,


scam bermaksud "To trick or cheat someone out of their posession(s)"



ni bermakna, dua2 perkataan tu lebih kurang dan saling berkait je.



ape yg aku nak cite kan korang ni sangat, masa aku online je facebook aku tuh, tengok ada msg dari seseorang yang pastinya 'fake profil' . ayat dia lebih kurang camni la dalam msg fb aku tuh, "cuba ko tengok website ni 'www.........' diorg kutuk gambar ko" .

aku pun klik la link yg budak tuh bagi, tapi tetibe kuar suh login facebook dengan masukkan email ngn password aku. sumpahh aku was2, skalu aku tengok link kat atas (address bar), bukan link facebook, tapi link "http://lllx.t35.com/facebook/login.php?next=www.google.com" !! yang bahayanya, memang nampak cam sebijik page facebook yg asal !! ni screenshotnya :

klik utk besarkan imej.



terkejut bukan ? memang sebijik. bila kte masuk email dan password facebook kte, secara automatiknye, dalang disebalik web palsu tu akan dapat email dan password kita sekali cukup lengkap !


contoh lain laman phishing untuk mendapatkan id dan password internet banking anda :

laman maybank2u palsu.


laman cimbclicks palsu.




sementelah anda memasukkan id dan password anda ke laman2 yang salah berikut, maka secara automatik nya juga, penggodam2 tersebut akan mengetahui maklumat perbankan anda, lalu boleh mengakses ID anda dengan semena-menanya tanpa pengetahuan anda. seram bukan ?? jadi, AWAS !!




Tip-tips yang aku sniri guna utk elak ditipu dari menjadi mangsa scam/phishing ni :

1. pastikan korang cek address bar betol2 setiap kali nak login sebarang akaun dan pastikan URL nye adalah URl yg sebenar bukan yg pelik2.

2. biasanya apabila menggunakan internet banking, laman web tersebut akan bermula dengan "https://" dengan tambahan huruf "s" kat ujung sbgi lambang 'security' page bukan hanya "http://" spt laman web yg lain2.

3. pastikan antivirus korang tu mempunyai aplikasi anti-phishing dan rajin2 lah update antivirus korang tuh (walaupun laptop aku langsung takde antivirus). hehehehe


mungkin ada lagi tips, tapi ni yg biasa aku buat la utk mengelakkan dari jadi mangsa scam ni. aku harap maklumat yg aku share ni berguna la utk korang ek? hanya berkongsi.


TOLONG SHARE AMANAT INI DEMI KEBAIKAN SEMUA.



p/s : lebih baik fishing ikan kat laut dari phishing duit org lain yg membuat orang susah je.

20 Disember 2010

Bugatti Veyron - Si Supercar Terpantas di Dunia !!





Sebenarnya, lama dah aku nak kongsikan pasal 'supercar' ni dengan semua, cuma aku tak ada masa + malas nak menulis je yang jadi terbantut sangat-sangat pasal entry ni. Aku ni bukan lah salesman yg nak promosikan barangnye, tapi aku sekadar ingin berkongsi 'kehebatan' kereta yang memang susah ataupun hampir mustahil akan masuk Malaysia ini. Tak silap aku, masa tengah search2 kat google, nilai Bugatti Veyron ni lebih dari RM10juta !!!

Apa yang hebat sangat pasal keta ni ek? tapi yang aku pasti, ada dua jenis. Satu Bugatti Veyron yang jenis biasa dan satu lagi jenis Super Sport.


Bugatti Veyron


Bugatti Veyron Super Sport


ape macam ? gerun tak korang tengok keta ni? memang gerun weh, takat BMW 5series tuh pejam mata boleh tapau. Belum aku cite pasal spesifikasi kete ni lagi. hohoho...



top speed keta ni boleh cecah sampai 408 km/h dan 431 km/h utk Super Sport. pehhh, what the fishhh ! dah macam jet dah, cume kurang sikit je. hahaa. lau topspeed tu maintain je time bawak, takat Penang - JB tak sampai pun 1jam setengah ! (mustahil la kan) hehehehe .. keta ni jugak, disenaraikan sebagai salah satu kereta terpantas didunia yang sebelum ni rekod dipegang selama 11 tahun oleh MCLaren LM (ruj : this site) .


408 km/h .. wow !



antara info yang aku nak kongsi lagi ialah tentang tayar dia. berdasarkan ape yg aku tengok dalam Discovery Channel kat Astro dulu, tayar dia ni bernilai $17,000 utk keempat-empat bijik. Kalau convert ke RM, tak ke dah jadi RM52,700. aku menjerit, wow !! dah boleh Proton Perdana second hand cash sebijik woo !!! dah la mahal, pastu tahap penggunaan tayar yang selamat hanya untuk 9000KM je. lebih dari tu boleh, tapi cuma tak selamat je la sebab keta ni dah la laju, kalau korang tak lenjan takpe gak. hahahaha!

tapi, tayar keta ni hanya digunakan kat keta ni sahaja dan mmg terjamin kualitinya sbb memang telah diuji berkali2 dikilangnya, Michelin. so, tak heran la kalau korang boleh pandu kereta ni lebih dari 400 KM/h dengan rasa selamat dan bangge nye. HAHAHA!


selain tu jugak, keta ni hanya disambung oleh 14 batang Bolt je ! bolt die tu mmg keras tak hengat la sbb dibuat dari Titanium la kate kan. pastu, nilai sebatang bolt die tu lebih dari $100 ! bolt dia saje dah boleh beli Kancil secondhand sebijik wehh !


harga tayar ngn bolt die je dah tak ingt dunia!



selain tu, Bugatti Veyron ni juga, ada dua Braking System iaitu disc brake dan air brake. disc brake ni mmg ada kat kebanyakan keta biasa la, tapi air brake ni special kat keta ni. apabila ia mencapai kelajuan tertentu, double pop-up spoiler ni akan naik dan berfungsi sebagai brek angin disamping brek kaki untuk mengawal kelajuan kenderaan. ia dilengkapi dengan ABS (anti-lock braking system) yang dipasang kat handbrake utk digunakan ketika kegagalan brek kaki berlaku.


kalau korang nak tau, Bugatti Veyron Braking System ni juga diiktiraf sebagai salah satu sistem brek yang paling unggul didunia. korang boleh fikir sendiri la, kalau brek dia ni cikai2, cam ne la kan nak berentikan keta ni lau tgah speeding sampai 400++ KM/h . hohohoho...


Brek udara yg unggul !



benda last yg aku nak share ialah tentang tangki minyak dia. kalau isi penuh tu, lebih kurang 12 US Gallon lah. kalau di convert dalam liter lebih kurang 45.5liter la. lebih sikit je dari tangki MyVi (40liter). tapi, lagi satu fakta yang aku masih ingat dan nak kongsi dengan korang, kalau keta ni di lenjan sampai 407km/h dan maintain, minyak sebanyak 12 gelen tu boleh kering terus dalam masa tak sampai 15 minit pun !!! gilo, pak arab tokey minyak mampu la , hahaha!

mane tak nye, keta ni kalau tekan betul2 habis,ia akan capai 0–400 km/h (0–248.5 mph) dalam masa 50 saat je, wowww ! dah la topspeed mencanak, pickup pon gila mencanak cepat. tak leh fikir camne la lau aku dapat bawak keta ni.hehehehe =.=

takat highway karak, relax je tekan :D



ape je yg aku tulis utk entry ni berdasarkan laman web rujukan serta fakta2 yang aku masih ingat dalam kepala masa tengok kat Discovery Channel dulu. kebanyakan fakta dalam ni ape yang aku ingat, kalau ada salah tu mintak diperbetulkan yep?


p/s : kelajuan membunuh, hehehe. pandu cermat jiwa selamat :D