tinggalkan link anda

31 Januari 2011

Keadaan student Malaysia di Mesir sekarang teruk?

Entah la, dalam berita hari ni pun kecoh dengan pelbagai cerita tentang pelajar kita yang berada kat Mesir sekarang ni. Baca paper harini pun, kerajaan Malaysia ada pesan kat student Malaysia yang ada kat Mesir tu supaya jangan campur tangan hal politik kat sana.


Ntah la, macam-macam hal global yang berlaku sekarang ek? Satu persatu masalah. Tak silap aku, balai polis dimusnahkan, talian komunikasi pun disekat. Nak akses facebook, twitter, google, etc semua tak boleh. Sampaikan nak bukak tu semua kena guna IP Code. Tu pun kena guna dia-up dari negara lain ape, aku pun tak pasti sangat.


Ada satu gambar aku dapat kat Facebook. Korang boleh nilai sendiri.

klik untuk lebih besar.



Apa-apa hal pun, sama-sama kita doakan supaya pelajar kita yang ada kat sana tu selamat dari sebarang mala petaka.




p/s : banyak terjadi perperangan serta manusia berlumba-lumba hendak membina bangunan pencakar langit adalah salah-satu petanda kiamat kecil. Wallahualam.

Handphone aku ada blue, handphone kau ade ke?


Ape yang aku nak ceghite ni bukan la kesah seram ataupun kesah yang boleh membuatkan korang tido malam sampai terkencing-kencing ke ape, tp bila aku teringat balek, rasa macam lawak pun ada, bengang pun ada.


Kisah ni berlaku masa aku duk hostel dulu. Masa tu aku tingkatan 5, sekolah teknik, hehe. Tak silap aku, masa tu ari Ahad petang kut, ramai student yang balik kampung pada hari Jumaatnya dah kembali ke hostel sbb Isninnya nak sekolah pulak kan. Tapi aku selalunya tak balik pun, duk hostel je.

Kebetulan aku tengah tidur pulak time tu. Aku dengar la ada bunyi bising-bising orang jerit-jerit.



"WOI semua budak dorm 5! Bangun, bangun, bangun ! Aku ada barang baik ni nak bg korang tengok!"


Aku dengar suara tu jerit-jerit dari pintu bilik aku. Macam suara budak bilik sebelah aku, si Meon (bukan nama sebenar).


"Sini la wei, aku ada barang baik punya la, sapa tengok takkan nyesal punya" jerit Meon lagi bajet nak wat direct selling ke hape.

"Ape benda la kecoh sangat ni? Aku nak tido pun susah. Barang ape nak tunjuk? Henset baru kat tangan kau tu ke? " jerit salah sorang roommate aku.

"Aku datang sini ni nak ajak korang layan benda ni sama-sama. Best wo, layan gila beb. Mat Salleh punya banyak, Melayu pun ada, Indon pun boleh masuk sama" kata Meon dengan wajah mengharap kami tengok.


Gedegangg !! (bunyi salah sorang roommate aku terjun dari katil tempat dia tidur). Masa tu ramai gila yang datang berkerumun kat keliling Meon.


"Mane wei, bukak la cepat. Kami pun nak tengok blue ni. Kalau boleh anta kat hanpon aku sekali. Hanpon aku bersih sangat ni." kata Alang (bukan nama sebenar) dengan wajah sangap lebih.

Tiba-tiba Meon buka topik lain, " Korang percaya tak hanpon Ustazah Ana (bukan nama sebenar) pun ada blue gak? "

" Bodo pnye Meon, kau jangan duk cakap je. Bukti mane?" soal Alang.

"Ala, meh sini aku nak tunjuk, haaa ni nampak ni? cuba baca betul-betul. B.L.U.E.T.O.O.T.H. Model hanpon Ustazah Ana kan sama cam aku, gerenti la ada blue gak. Kan, kan, kan?

Sambung Meon lagi,

"Ni ha tengok sini, aku baru je blueetooth mp3 dengan abg aku. Tu bnyk mat salleh je." kata Meon dengan muka mintak penampar.


hp aku ni pun ada blue gak!


"Kepala hatuk kau la Meon, buang masa aku je bangun dari katil ni! " marah Along sambil bagi sebijik atas kepala Meon.

Dengan muka bangga sebab dapat mengenakan dorang yg kaki sangap ni, lalu Meon jerit, " Handphone aku ada blue, handphone kau ada ke?"



Huh, nasib baik la aku just dengar je dari atas katil aku. Hahaha, aku dah agak dah mesti ada je idea bodoh si Meon tu.



p/s : guna kemudahan teknologi tu dengan sebaik-baiknya. jangan salahgunakan ia.

30 Januari 2011

Siti Sifir? Sape tu bang?!



Aihh, cepat betul lah masa ni berlalu. Aku rasa macam baru lagi aku ni masuk darjah 1, sarung kasut putih, baju putih dan seluar biru. Teringat lagi, masa tu aku sekolah sama dengan makcik aku, dia cikgu kat situ pulak. Haha.



Sekarang ni aku dah ada kat U? Ah, memang pantas ek masa berlalu. Ada satu masa tu, tengah seronok aku study subjek calculus yang sememangnya killer paper bg sape yang amek engineering ni, kadang-kadang teringat juga macam mana aku masa mula-mula melangkah kaki ke alam Matematik ni.



Oh dulu, aku dulu pernah juga belajar dengan Cik Siti Sifir masa dalam tv tu. Haha, rasa seronok sangat-sangat belajar Math ni masa tu. Yela, kanak-kanak mana tak seronok kalau belajar pun sambil main-main, ada nyanyi-nyanyian, betul tak ?



kdg2 ada jugak blaja ngn table camni kn?
siap tampal kat pintu bilik lagi!



Ada satu situasi ni lebih yang dah berlaku beberapa bulan lepas kalau tak silap aku, aku pernah berbual dengan salah sorang sepupu aku. Perbualannya lebih kurang cam ni la,



"Eh, tau tak masa abang Ifwat sekolah rendah dulu, belajar Matematik ni dgn Siti Sifir, tu yg abg Ifwat terror math skarang ni, hahaha !" kata aku dengan nada bergurau.

"Hah?! Siti Sifir? Sape tu bang?! Siti Sifir tu name gewe awek abg Ifwat ke?" soal sepupuku dengan nada serius.

"Eh, korang tak tau ke sape tu Siti Sifir? Ala, tak pernah tengok ke dalam tv ke ape?" balas aku dengan sikit terkejut.

"Tak pernah tengok pun dalam tv ada orang nama Siti Sifir ni. Entah-entah abg Ifwat saje-saje reka name ea?"



Aku diam seketika dan bermonolog sendiri. "Oh yeah, memang la. Sekarang ni pun aku sndiri tak pernah tengok Si Siti Sifir ni muncul dalam mana-mana siaran tv pun. Kemana dia pegi ek?"


Lalu aku membuat kesimpulan, budak-budak sekarang yang lahir tengah-tengah tahun 1990-an dan keatas mmg dah tak kenal pun Siti Sifir ni. Dorang lebih mengenali Kamus Besta dan macam-macam alatan bantu belajar elektronik lagi kan? Wallahualam.

25 Januari 2011

10 Fakta Menarik Tentang Teknologi & Reka Cipta ! [Part 1]



Setelah agak lama aku menyepi dgn tak update sebarang entry, tiba-tiba hari ni rasa rindu pulak nak menaip kat blog aku ni. Nak blogwalking pun tak berapa sempat sebab terlalu sibuk dengan kuliah dan lab report segala bagai yang nak kena siapkan on time tu.


Dengan takde rasa yang rendah diri, aku rasa macam nak share sesuatu yang menarik dengan korang ni. Bagi aku fakta ni menarik la, bagi korang mungkin ada lagi yang lebih menarik bukan ? Tak apa, sekadar benrkongsi.






1. Kamera Photo-Finish

Kamera ni telah digunakan sebelum ini untuk mengadili perlumbaaan kuda pada garisan penamat. Dengan adanya kamera ni masa tu, juri-juri dapat buat keputusan lebih muktamad dan tepat. Semasa penggunaan pra-kamera pada tahun 1935, juri hanya berjaya mengesan 20 dead heats, tetapi setelah kemunculan kamera ni, sebanyak 264 dead heats berjaya direkodkan lalu ia dapat membantu juri membuat keputusan kemenangan yg paling tepat !



2. Cermin
Pasti ramai diantara kita yang akan berdiri di hadapan cermin dahulu sebelum keluar dari rumah bukan ? Untuk pengetahuan anda, cermin telahpun digunakan ketika di empayar Rom lagi, tetapi seni dan penciptaan nya telah hilang. Sehinggalah seni penciptaannya ditemui kembali di Venice, Itali pada tahun 1300.



3. Bluetooth
Nama bluetooth diambali sempena nama Raja Denmark Dan Norway pada abad ke-10, iaitu Harald Bluetooth. Harald dikenali kerana telah menyatukan pelbagai puak yang terlibat dalam peperangan di kedua-dua negara tersebut. Ia sama seperti fungsi bluetooth yang bertujuan untuk menyambungkan pelbagai alat yg terdiri dari pelbagai teknologi.



4. Payung
Hujan semestinya akan sinonimnya dengan payung. Tapi, tahukah anda asal usul payung ni? Untuk pengetahuan anda,payung sebanarnya ditemui buat pertama kalinya di negara China pada kurun kedua sebelum masihi lagi. Wah, agak lama tu! Tetapi disesetengah tempat, payung juga boleh dijadikan sebagai senjata untuk menentang di saat-saat genting.



5. Bateri Primitif

Bateri primitif berupaya menghasilkan sebanyak 1/2 atau setengah Volt telah berjaya dicipta di Mesopotamia di antara tahun 200 sebelum masihi dan 200 selepas masihi. Bateri ini digunakan untuk menyadur perak ke tembaga. Fuh, teringat pula masa sekolah menengah dulu ada buat eksperimen tentang sadur-sadur benda alah ni. Hehehe.



p/s : jangan lupa baca sambungan lagi 5 fakta menarik yg seterusnya akan datang !

21 Januari 2011

Penampakan lembaga putih kat umah sewa kami !



Wahh , tengok tajuk pun macam takut je kan ? ahaha, tapi ni mmg la kisah benar yg diceritakan oleh seorang housemate aku yang baru je 'terkena' kejap tadi. Bagi aku cerita ni memang betul sebab mmg umah sewa kami ni banyak dah sejarah tersendiri. Bukan sorang dua je yang dah terkena tapi ramai.


Nak dijadikan cerita, malam tadi aku dengan lagi 2 orang housemate aku kuar la pergi terminal bas kat Butterworth sebab nak beli tiket aku untuk balik kampung raya Cina ni. Masa tu, rumah kami ni kosong, semua keluar. Ada yang pegi study, ada yang pergi makan. So masa nak kuar umah tu, aku pun kunci la umah sbgi langkah keselamatan.


Selesai je beli tiket kat jeti, aku terus drive pegi kat Bandar Perda (area Bukit Mertajam) untuk makan malam sebab aku ngn member aku sorang lagi tu tak makan malam lagi kan. Dengan perut yang sememang nye lapar gila, aku pun terus la bubuh penuh sepinggan nasi.


Tengah-tengah makan tu, tetiba ada orang call aku. Rupa-rupanya si Firdaus, housemate aku yang kuar pg study tu tanya mana aku letak kunci rumah. Aku pun bagitau la tempat sekian-sekian kat mana aku sorok..



Selesai makan kat warung tu.....


Housemate aku ajak pegi Uptown Perda jap jalan-jalan usha-usha barang murah la kan.


Tapi sebelum tu, aku ada msg la kat Firdaus ni, aku pesan sebelum masuk umah tu baca la ayat Kursi ke, apa-apa ayat dulu n then aku pesan lagi kat dia kalau ada nampak ada benda-benda pelik ke melayang-layang ke jangan tegur (dalam hati mmg sengaja nak menakutkan dia). Sebab malam ni dah la malam Jumaat kan? Dah la dia sorang je ada kat rumah tu, sebab yang lain pun masing-masing ada kat luar lagi.



Masa tengah jalan-jalan kat uptown tu, tetiba aku dapat msg dari Firdaus. Dia cakap dia dah nampak benda tu kat tingkap belakang umah kami selepas dia basuh tangan kat singki!


Aku dengan housemate aku lagi 2 orang yg kuar sekali tu, terus cepat-cepat nak balik rumah nak dengar cerita apa yang berlaku dari Firdaus tu. Masa tengah drive balik umah sewa kami tu, masing-masing duk pk betul ke dia ni cakap ada jumpa hantu, entah-entah kami ni kena kencing je.



Tapi bila sampai je umah sewa kami, Firdaus ni pun cerita la apa yang dia nampak tadi dari awal sampai la akhir. Katanya dia nampak macam satu lembaga putih yang melintas kat tingkap belakang umah kami tu.



diluar tingkap (berhadapan sinki) tu dikatakan lembaga itu memunculkan diri.



Tapi, dalam ramai-ramai housemate kami ni, kebanyakannya memang dah pernah yang kena ganggu spt pintu belakang rumah diketuk-ketuk la, pintu bilik air bergerak-gerak la sedangkan tak ada angin pun yang bertiup dan macam-macam lagi la.


Sebab tu la kami tak pelik sangat benda-benda macam ni nak jadi, walaupun aku sendiri susah nak percaya pasal benda ni, tapi aku percaya syaitan tu memang wujud untuk menggangu manusia kat muka bumi ni.



mangsa keadaan yang baru tersedar dari trauma!
(sorry ye Pydot aku letak gambar kau)




Lepas je dengar cerita si Firdaus ni, masing-masing nak bukak cerita sendiri yang pernah kena kacau sebelum-sebelum ni. Aku yang tak pernah nampak ni pun jadi cuak gila rasa. Chait! Sampaikan aku nak pergi kedai beli air pun tadi, ajak sorang teman aku sebab takut nak bawak keta pagi-pagi buta ni sorang-sorang. Nak bawak moto lagi la aku cuak lepas dengar cita membe aku tu tadi.





Yela, korang boleh bayang la cam ne kalau aku bawak keta tadi pegi kedai sorang-sorang, tetiba aku tengok je cermin belakang tu nampak ada benda tengah naik sekali dengan aku kat seat belakang. Tak ke terkencing aku? Haha, padahal sebelum ni tak pernah pulak aku ajak sesape teman bila nak pergi kedai ke apa pukul 2-3 pagi macam tadi.



Lepas kejadian tadi, ada sorang housemate kami ni terus buat baca-baca Yassin sikit. Lagipun, memang adat rumah ni sebenarnya baca Yassin tiap-tiap malam Jumaat. Baru la rasa aman sikit lepas tu. Yela, umah kami ni tak berpenghuni lebih kurang 2 bulan masa cuti semester bulan 11-12 hari tu.


So, korang faham-faham jela kan kalau umah kena tinggal lebih dari tempoh sekian-sekian, memang akan ada benda lain yang tinggal.





p/s : Harap takkan nampak benda ni sampai bila-bila pun. Amin.

16 Januari 2011

Bila broadband dah sampai limit.



dah, sudah ! tak guna lagi nak tension-tension bila nak bukak Facebook pon tak brape boleh blah kan.. tapi aku tetap cool je mengupdate blog.

tetapi masih ramai lagi yg tak boleh nak cool bila speed broadband kene potong. lalu terkeluarla ayat-ayat yg seumpama dengan ni :


"pehh, sampai kiamat pon tak habis donlot camni"


"aduh ! macammane aku nak main game online kalu tenet lembab macam ni!"


"alamatnye, tak dapek la aku nak bukak youtube wat masa ni"


"heh! shoutbox aku dah penuh ni, tak boleh nak blogwalking!"


"eiyyyy ! habis la pokok-pokok aku kat Farmville, jgn kate nak bukak game, nak loading facebook pon lambat!"




haa, tu dia la antara ayat-ayat unik yang akan terkeluar dari mulut masing-masing apabila internet dorang dah mula meroyan ataupun dah sampai limit 5GB/month untuk yg gune celcom broadband pakej biasa. kalau yg pakai TM Streamyx tuh jangan cite la, mmg takde limit pnye tiap-tiap bulan kann, hoho..


tapi, sekarang pun Malaysia dah makin maju dalam bidang internetnya, dah setanding macam negara jiran kita yang maju, Singapura. Contoh jelas kita dapat tengok depan mata ialah, Malaysia pun dah ada internet 4G yg sememangnya laju, dan baru-baru ni pulak kecoh pasal Unifi yang sememangnye laju gila. tapi, sebagai student, mmg la aku tak mampu nak pakai benda-benda baru ni, sbb dah konpem-konpem punya mahal gila !




berbalik kpd topik asal tadi, aku pun rasa macam tak patut jugak kadang-kadang tu, nape la broadband ni ada Fair Usage ek? dan kalau nak wat Fair Usage pun, bg la lebih sikit, 10GB/month ke. ni takat 5GB/month macam sikit sangat je.


nasib aku ni bukan kaki donlot movie, lau tak 1 movie tu kurang-kurang dah makan 500MB secara puratanya. Kalau nak kira, 10 movie pun tak sampai nak donlot campur dengan tengok youtube lagi, donlot lagu-lagu baru lagi, bukak page lagi.


page sekarang ni bukan nya macam tahun 2002 dulu-dulu masa first-first aku mula guna internet, dah penuh dengan pelbagai iklan, gambar high resolution, widget dan macam-macam lagi. mana tak berat kan?


tapi ni sekadar luahan aku sbgi pengguna la, jangan salah faham pulak kan ?




p/s : sapa setuju Fair Usage ni ditambah limit lagi, sila angkat kaki !

14 Januari 2011

Kelas tak wujud !

sekadar hiasan.



korang tengok title kat atas ni pun agak-agak dah boleh agak tak ? haha.. agak bengang la pagi tadi. aku rasa macam bangang je bangun pagi-pagi, dah sampai kampus. skali kelas yg aku amek tak wujud pun.

pasal ape ? aku sendiri pun tak tau nak cakap camne, sama ada betol2 tak wujud ataupun kesilapan teknikal sistem UiTM.


ada yg masih tak paham lagi apa yg aku nak cakap ni ? okay, aku terangkan lagi ..


camni, dalam sistem UiTM ni aku dah daftar kan group EE1124C2, n jadual nya pada hari selasa pagi dan jumaat pagi (8-10 pagi) bertempat di BKA (bilik kuliah annex) 3.16. subjek ni adalah subjek ECE246 @ electrical computing. agak2 bagi bukan student UiTM boleh faham tak ?




faham tak faham tentang sistem UiTM tu tak penting, yg penting aku cuma nak korang boleh faham situasi aku je.. hahaha.


tapi yg nak dijadikan cerita nya, bila aku dah sampai kat kampus pagi tadi bersama budak umah aku Safwan, kami pun dengan lajunya terus menuju ke BKA3.16 tuh, sbb dah lambat dalam 15 minit la. lebey kurang 8 suku time tuh..




tapi, sesampai je kami kat bilik kuliah tu, terkejut gak kami nape ada budak Mechy masuk dalam room tu? sedangkan subjek kami ni subjek budak elektrik je ! trus aku ngn safwan pegi usha jadual yg tertampal kat depan lecture room tu dan dapati, kelas untuk ECE246 bukannya kat room BKA 3.16 tuh pun, tapi kelas Calculus I untuk budak mechy sem 2 ! the hell ?


kalau korang rujuk kat sini pun, korang dah leh nampak betol2 group EE1124C2 sememang nya pada hari jumaat pukul 8-10 pagi bertempat kat BKA 3.16 tapi kenapa bila kami pergi pagi tadi kelas tu adalah kelas MAT183 dan bukannya ECE246 !



aku fikir balik, mungkin la tuh kesilapan teknikal dalam sistem UiTM kot. takpe lahh, aku ngn safwan naik kat FKE (fakulti kejuruteraan elektrik) kat tingkat 7 untuk buat pertanyaan, tapi hampeh, 10 minit jugak tunggu kat sofa depan tuh, tapi takde sorang pun jaga kat kaunter.. kosong je, TV dibiarkan terbukak. adoi, membazir2..




dengan rasa bengang, kami blah, terus g kat car park then trus g makan sarapan !



p/s : tak suka curi tulang masa wat kerja.

13 Januari 2011

Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway





yeah ! ada giveaway lagi lahh, hehee. kebetulan pulak Cik Lili tag aku kan ? tengs Cik Lili sbb tak lupe nak tag kite kan.. hehe, giveaway ni telah di organise oleh bro Izamir Ridzwan yg smart lagi kacak (bodek,bodek!).. tengah duk sesaje pulak , walaupun kelas dah mula dah minggu ni.. untung-untung dapat la pendrive ek? rezeki orang nak bg sape yg tau kan ? kata pepatah, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia sape yg tau ?


lau ada sesape nak join skali boleh la follow arahan spt kat bawah ni :


1) Mesti jadi follower blog Izamir Ridzwan.. Wajib, tipu berdosa..

2) Buat entry bertajuk "Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway" dan linkkan ke entry ini..

3) Mesti letak poster ini dalam entry dan sidebar (linkkan ke entry ni juga) korang..

4) Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan.. Kemudian, masuk blog rakan yang korang tagged tu, dan maklumkan di entry terbaru mereka yang mereka kena tagged dalam entry korang.. Jangan lupa kasi link sekali kat mereka.. Nanti susah pulak mereka nak cari kan.


anda yg bertuah :



5) Akhir sekali tinggalkan URL entry yang korang buat tu kat entri ini.. Itu jer..




and, done ! ahaha, wish me luck friend :)

09 Januari 2011

Coretan merapu dari aku.




pehh, bosan siot ! arghhhh ! tetiba aku menjerit tak tentu pasal. hahaha. ada la sorang housemate aku tegor, "asal kau ni? dah buang tebiat ke?"

aku balas balik " bukan doe, aku tgah baca cerita sedih ni "

then, ape lagi tah kami melalut macam orang gila.


TERUS LARI TOPIK !


kakaka, bila aku fikir balik, sembang mcm orang gila. benda remeh-temeh pun kadang-kadang boleh jadi lawak dengan budak2 umah aku ni. kami merapu dah macam orang peninng.

bak kata Aboy, membe aku " kite ni kalau masuk Raja Lawak, tak payah berlakon pon takpe, kite DUDUK bersembang je kat atas stage, orang dah bleh ketawe pecah perut " lebih kurang camtu la ayatnye.

mmg tak leh blah kot, tapi tu la suasana rumah bujang.

aku ada pepatah aku sendiri " tiada hari yg tanpa merapu "


kdang-kadang teringat balek bila time kami sembang-sembang dalam bilik tu, macam-macam imaginasi gila akan timbul. bila sorang dah open cerita mengarut, yang lain mula la akan tambah-tambah.

contohnya, asalnya cita pasal nak renovate bilik bawah rumah sewa kami ni sebagai library kecik dan bilik multimedia, pastu sorang plak kuarkan idea nak wat umah kami ni macam McD (start merapu dah tuh) .




ada yg tambah nak wat Drive Thru kot pintu blakang umah, ada pulak yg tambah lagi nak pecahkan umah sebelah kami, buat swimming pool, wat kedai snuker, nak beli meja pool yg second hand murah-murah letak kat umah dan macam-macam la benda-benda yg merapu yg mmg dibualkan secara spontan.

last2, bila semua dah habis idea pasal renovate rumah tuh, timbul pulak topik lain. hampir-hampir INFINITI kot idea diorang ni. boleh kata idea merapu tak habis-habis hahaha..

last-last, bila masing-masing dah betol-betol penat nak merapu, baru la masing-masing bersurai pegi wat hal sniri, contoh nye mandi ke, kuar g makan ke, msg awek ke.. hohoho ..


p/s : merapu itu COOL.