tinggalkan link anda

25 Februari 2011

Apabila rabun hilang cermin mata

Tu diaaa ! Susah jugak jadi si rabun macam aku ni ek? Haha. Kalau rabun sikit-sikit takpe. ni dah tahap tinggi la jugak. Segala-galanya rasa macam terbatas. Nak online pun kalau boleh macam nak terkam masuk kat cermin laptop ni. Punya la tak nampak kan. Aihhh.


Aku open cite pasal ni pun sebab spek aku baru je patah cermin belah kirinya. Walau ada sebelah kanan pun, kalau pakai kat luar orang kata gila la pulak kan. Patah ni pun sebab membe aku tak sengaja terpijak masa aku tido petang dalam 3 hari lepas.. Hehehe. Pehh, cengkoi gila jadi spek aku, haha!

nasib baik bingkai bengkok sikit je.



Skang dah pakai spek baru. Terus angkat sekali dengan bingkai walaupun bingkai tak patah kan. Harga boleh tahan la, amek sekali dengan bingkai baru terus. Tengok harga sama je dengan tukar cermin. Baik amek baru terus ye tak?


Kat sini aku senaraikan yang kureng besh nye jadi orang rabun tahap teruk macam aku ni. Kalau rabun biasa-biasa tu takde masalah sangat kot.


1. tak boleh pakai spek hitam (takkan nak pakai 2 lapis spek pulak kan?)

2. selalunya orang rabun ni akan silau sikit masa bawak keta waktu malam.

3. nak pakai google masa mandi kat swimming pool pun susah.

4. automatik menjadi pekak sedikit apabila tak pakai spek (bukan pekak
betul2, cuma macam kurang keyakinan bila orang panggil ke ape)

5. tak berapa selasa kalau nak pakai headphone dengar lagu.

6. yang paling pentingnya, kalau dah rabun teruk tu, rasa macam buta kalau spek hilang.



Tapi, orang yang pakai spek ni ada kelebihannya jugak. Antaranya ialah :

1. boleh tido dalam bilik kuliah (make sure cermin spek tu gelap. hahaha)

2. nampak stylo kalau orang yang pandai bergaya la, tapi bukan aku la, hehe.

3. muka nampak innocent walau buat salah.

4. dapat merasa dua pandangan mata yg berbeza (kabur bila tak pakai spek, terang bila pakai spek) hehe.

5. yang pentingnya, perdana menteri kita skarang pun pakai spek jugak woo !



So, sapa yang pakai spek tu probability tinggi la nak jadi Perdana Menteri dari orang yang tak pakai spek. Hahahaha.


Ifwat : nak pakai contact lens tapi fikir risiko tinggi.

9 komen berSAHAJA:

FarhaNezam Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

saya very2 memahami perasaan ada 2 keping cermin yang melekat kat depan mata 2.. satu lagi kita jga nampak lebih pandai kalau pakai spek..

Barry Allen Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

Kah kah kah.. teingat dulu-dulu masa sekolah rendah, semua berebut nak pakai spek, sebab nak nampak macam pandai.

Zaty Anuar Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

tk pakai spek pun nmpk pnjai je. haaaaaahha

i am S!L4H.. Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

oh pakai spek rupenye die nih..hahaha
adoi byk prsamaan la ngn ell tu.
mne spek bru?x tnjuk dlm ni?nk tgok gak..hahah

Atika Nour Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

huhu..aku paham benar...tp skang pakai contact lens..dah jadi tabiat plak nak betulkan spek ats idung tu walopown xpkai spek..

sarah Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

amboi, mentang-mentang kat LP ade booth spec..
time-time ni la spec nak pecah yeh :p

Farah Hanim Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

hari tu spec farah hilang,
serious berdebar gila takut tak jumpe. T___T
susah wehh jadi org rabun.

owL_aRtOwL Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

haha...
aku sokong...
kirenye lpas ni aku jdi pm la lpas ni...
hakhak...
(yg org pggil tu btul... rmai yg pggil aku... aku tgok org tu lame2... haha)

amiYo Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

seb baik gua x pakai spek.. :P