tinggalkan link anda

24 Disember 2010

awas, maklumat akaun dan kata laluan email anda mungkin terdedah ! ( phishing/scam )

lebih kurang 4 hari aku duk lepak kat umah pakcik, langsung aku tak online. lau facebook tu, aku harapkan guna celcom SMS je, malas gila nak bukak laptop walaupun aku mmg bawak laptop. nak update blog aku yg baru mula nak naik ni lagi la tak. mane tak nye, tiap2 malam mesti folo pakcik aku g mancing ikan siakap, balik je dah subuh, hehehe. tapi sepanjang aku ikot mengail ni, sekor pon aku tak dapat ikan lagi. hohoho. noob gile kan aku ? =.=


siakap merah yg chunn !



yang ni plak siakap putih,hehehe



mentang2 la topik aku tu phishing,terus nak cite pasal ikan lak kan? tapi maksud aku tu bukan pasal 'phishing' ikan, tapi pasal phishing duit korang !

berdasarkan urban dictionary :

phishing bermaksud "Tricking an internet user into giving you his/her login name and password. Could also be used to get credit card information. Usualy an act of a lamer on AOL"


MANAKALA,


scam bermaksud "To trick or cheat someone out of their posession(s)"



ni bermakna, dua2 perkataan tu lebih kurang dan saling berkait je.



ape yg aku nak cite kan korang ni sangat, masa aku online je facebook aku tuh, tengok ada msg dari seseorang yang pastinya 'fake profil' . ayat dia lebih kurang camni la dalam msg fb aku tuh, "cuba ko tengok website ni 'www.........' diorg kutuk gambar ko" .

aku pun klik la link yg budak tuh bagi, tapi tetibe kuar suh login facebook dengan masukkan email ngn password aku. sumpahh aku was2, skalu aku tengok link kat atas (address bar), bukan link facebook, tapi link "http://lllx.t35.com/facebook/login.php?next=www.google.com" !! yang bahayanya, memang nampak cam sebijik page facebook yg asal !! ni screenshotnya :

klik utk besarkan imej.



terkejut bukan ? memang sebijik. bila kte masuk email dan password facebook kte, secara automatiknye, dalang disebalik web palsu tu akan dapat email dan password kita sekali cukup lengkap !


contoh lain laman phishing untuk mendapatkan id dan password internet banking anda :

laman maybank2u palsu.


laman cimbclicks palsu.




sementelah anda memasukkan id dan password anda ke laman2 yang salah berikut, maka secara automatik nya juga, penggodam2 tersebut akan mengetahui maklumat perbankan anda, lalu boleh mengakses ID anda dengan semena-menanya tanpa pengetahuan anda. seram bukan ?? jadi, AWAS !!




Tip-tips yang aku sniri guna utk elak ditipu dari menjadi mangsa scam/phishing ni :

1. pastikan korang cek address bar betol2 setiap kali nak login sebarang akaun dan pastikan URL nye adalah URl yg sebenar bukan yg pelik2.

2. biasanya apabila menggunakan internet banking, laman web tersebut akan bermula dengan "https://" dengan tambahan huruf "s" kat ujung sbgi lambang 'security' page bukan hanya "http://" spt laman web yg lain2.

3. pastikan antivirus korang tu mempunyai aplikasi anti-phishing dan rajin2 lah update antivirus korang tuh (walaupun laptop aku langsung takde antivirus). hehehehe


mungkin ada lagi tips, tapi ni yg biasa aku buat la utk mengelakkan dari jadi mangsa scam ni. aku harap maklumat yg aku share ni berguna la utk korang ek? hanya berkongsi.


TOLONG SHARE AMANAT INI DEMI KEBAIKAN SEMUA.



p/s : lebih baik fishing ikan kat laut dari phishing duit org lain yg membuat orang susah je.

4 komen berSAHAJA:

AJIE Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

oo kehh..sgt trkejt.
mcm2.
btw,thankx!
:)

ifwat SAHAJA Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

welcome fren :)

Areyoudys Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

as salam..
entri yang menarik...

syukran ;)

Eliza Sulaiman Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

nak share !

baru jumpe ! ehehe !

=)