tinggalkan link anda

21 Januari 2011

Penampakan lembaga putih kat umah sewa kami !



Wahh , tengok tajuk pun macam takut je kan ? ahaha, tapi ni mmg la kisah benar yg diceritakan oleh seorang housemate aku yang baru je 'terkena' kejap tadi. Bagi aku cerita ni memang betul sebab mmg umah sewa kami ni banyak dah sejarah tersendiri. Bukan sorang dua je yang dah terkena tapi ramai.


Nak dijadikan cerita, malam tadi aku dengan lagi 2 orang housemate aku kuar la pergi terminal bas kat Butterworth sebab nak beli tiket aku untuk balik kampung raya Cina ni. Masa tu, rumah kami ni kosong, semua keluar. Ada yang pegi study, ada yang pergi makan. So masa nak kuar umah tu, aku pun kunci la umah sbgi langkah keselamatan.


Selesai je beli tiket kat jeti, aku terus drive pegi kat Bandar Perda (area Bukit Mertajam) untuk makan malam sebab aku ngn member aku sorang lagi tu tak makan malam lagi kan. Dengan perut yang sememang nye lapar gila, aku pun terus la bubuh penuh sepinggan nasi.


Tengah-tengah makan tu, tetiba ada orang call aku. Rupa-rupanya si Firdaus, housemate aku yang kuar pg study tu tanya mana aku letak kunci rumah. Aku pun bagitau la tempat sekian-sekian kat mana aku sorok..



Selesai makan kat warung tu.....


Housemate aku ajak pegi Uptown Perda jap jalan-jalan usha-usha barang murah la kan.


Tapi sebelum tu, aku ada msg la kat Firdaus ni, aku pesan sebelum masuk umah tu baca la ayat Kursi ke, apa-apa ayat dulu n then aku pesan lagi kat dia kalau ada nampak ada benda-benda pelik ke melayang-layang ke jangan tegur (dalam hati mmg sengaja nak menakutkan dia). Sebab malam ni dah la malam Jumaat kan? Dah la dia sorang je ada kat rumah tu, sebab yang lain pun masing-masing ada kat luar lagi.



Masa tengah jalan-jalan kat uptown tu, tetiba aku dapat msg dari Firdaus. Dia cakap dia dah nampak benda tu kat tingkap belakang umah kami selepas dia basuh tangan kat singki!


Aku dengan housemate aku lagi 2 orang yg kuar sekali tu, terus cepat-cepat nak balik rumah nak dengar cerita apa yang berlaku dari Firdaus tu. Masa tengah drive balik umah sewa kami tu, masing-masing duk pk betul ke dia ni cakap ada jumpa hantu, entah-entah kami ni kena kencing je.



Tapi bila sampai je umah sewa kami, Firdaus ni pun cerita la apa yang dia nampak tadi dari awal sampai la akhir. Katanya dia nampak macam satu lembaga putih yang melintas kat tingkap belakang umah kami tu.



diluar tingkap (berhadapan sinki) tu dikatakan lembaga itu memunculkan diri.



Tapi, dalam ramai-ramai housemate kami ni, kebanyakannya memang dah pernah yang kena ganggu spt pintu belakang rumah diketuk-ketuk la, pintu bilik air bergerak-gerak la sedangkan tak ada angin pun yang bertiup dan macam-macam lagi la.


Sebab tu la kami tak pelik sangat benda-benda macam ni nak jadi, walaupun aku sendiri susah nak percaya pasal benda ni, tapi aku percaya syaitan tu memang wujud untuk menggangu manusia kat muka bumi ni.



mangsa keadaan yang baru tersedar dari trauma!
(sorry ye Pydot aku letak gambar kau)




Lepas je dengar cerita si Firdaus ni, masing-masing nak bukak cerita sendiri yang pernah kena kacau sebelum-sebelum ni. Aku yang tak pernah nampak ni pun jadi cuak gila rasa. Chait! Sampaikan aku nak pergi kedai beli air pun tadi, ajak sorang teman aku sebab takut nak bawak keta pagi-pagi buta ni sorang-sorang. Nak bawak moto lagi la aku cuak lepas dengar cita membe aku tu tadi.





Yela, korang boleh bayang la cam ne kalau aku bawak keta tadi pegi kedai sorang-sorang, tetiba aku tengok je cermin belakang tu nampak ada benda tengah naik sekali dengan aku kat seat belakang. Tak ke terkencing aku? Haha, padahal sebelum ni tak pernah pulak aku ajak sesape teman bila nak pergi kedai ke apa pukul 2-3 pagi macam tadi.



Lepas kejadian tadi, ada sorang housemate kami ni terus buat baca-baca Yassin sikit. Lagipun, memang adat rumah ni sebenarnya baca Yassin tiap-tiap malam Jumaat. Baru la rasa aman sikit lepas tu. Yela, umah kami ni tak berpenghuni lebih kurang 2 bulan masa cuti semester bulan 11-12 hari tu.


So, korang faham-faham jela kan kalau umah kena tinggal lebih dari tempoh sekian-sekian, memang akan ada benda lain yang tinggal.





p/s : Harap takkan nampak benda ni sampai bila-bila pun. Amin.

10 komen berSAHAJA:

aku bukan sape2 Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

perbanyakkan baca yasin n ayat2 Quran...insyaAllah diorg x ganggu..

missSenget Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

weewwwee..

eheh..

setakat ni xpenah lg nmpk benda2 pelik..

daylachan Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

paling nk selamat wt kenduri doa selamat ajak kawan2 datang...XD

misz nana Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

hihihi.. pengalaman camni susah nak carik woo..

huhuhu

ifwat Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

housemate aku yg kena kacau tu masih trauma lagi. tak boleh tido malam sampai sekarang, haha.

shereena Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

hantu??h0h0..lari jap hilangkn diri ek:P

miera azzudin Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

wah..menarik...nk g umah korg tgk bley..:P

CIK CIRA Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

erkkk...menakutkan jerk..dah la sesowg jerk kat bilik ni

zEri sAfEerA Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

oit. sempat lagi takutkan kawan awk 2. skali, betol2 kena.

malam tadi rumet sy br j kena kaco.
huhu. grrrr~

FiQ HaiDzir Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

wow... seremmmmmm yeee... cuak gak baca entri ni....