tinggalkan link anda

06 Januari 2011

Fakta dari internet yg mesti baca ! [Part 1]





Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud "Lembah Besar"

Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk
ruang iklan.

0.3% kemalangan jalanraya di Canada membabitkan rusa.

Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota
London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.

Bolivia ada dua ibu negara.

Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia, 6,259 km

Bandar Calma di Chile tidak pernah langsung menerima hujan

Orang Francis makan lebih banyak keju dari negara lain di dunia

Ada sebuah tempat di Francis yang bernama "Y"

Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.

Ketinggian Eifel Tower di Perancis sentiasa berubah mengikut suhu. Adakalanya sehingga 6 inci.

Lagu kebangsaan Greece ada 158 versi.

Orang Bulgaria paling banyak makan yogurt di dunia

Belanda telah melaksanakan kempen menentang sikap sumpah menyumpah.
Stesen Keretapinya mula meletakkan tanda "Ketinggalan Keretapi? Menyumpah tidak membantu"

Belanda adalah satu-satunya negara di dunia yang ada anjing kebangsaan.

King George I di England tidak boleh berbahasa Enggeris. Beliau dibesarkan di Jerman.

Mesin pengeluaran wang (ATM) mula-mula di cipta di England pada 1965

Buku panduan talipon di negara Iceland kadangkala turut memuatkan pekerjaan seseorang. Ini adalah kerana terlalu banyak penduduknya yang memiliki nama yang sama.

Sehingga tahun 1997, lebih banyak babi dari manusia di Denmark.

Sweden mempuyai kadar kelahiran paling sedikit (1 dlm 100)

Komik kartun Donald Duck pernah diharamkan di Finland kerana ia tak pakai seluar.

Lithuania adalah negara yg punyai paling banyak orang bunuh diri.

Kod talipon untuk Russia ialah ' 007 '

Harga bagi burger McDonald's Extra Value di Russia sama dengan purata sebulan gaji pekerja Russia

Orang Russia menjawab talipon dengan menyebut 'saya mendengar'

Amerika beli Alaska dengan harga 2 sen seekar dari Russia

1 dari 5 doktor di seluruh dunia adalah orang Russia

Keretapi yg bergerak setiap hari pergi dan balik ke Bombay di India dibuat untuk menampung 1,700 penumpang tetapi ianya di naiki oleh 7000 penumpang setiap perjalanan.

Nepal adalah satu-satunya negara yang mempunyai bendera yang bukan empat segi.

Setiap perokok di China menghisap 1,800 batang rokok setiap tahun.

Lebih banyak orang China yang berbahasa Enggeris dari org Amerika.

Berus gigi dicipta di China pada tahun 1498

Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan penduduk 1000 orang dan bersaiz 108 ekar.

Di Jepun, tembikai berbentuk empat segi.

98% mayat di Jepun dibakar.

Nombor 'four' di Jepun dianggap nombor sial kerana sebutannya dalam bahasa Jepun sama dengan perkataan 'mati'

Ada tempat di Jepun dinamakan 'O'

Pada kurun ke 16, orang Philipina menggunakan 'yo-yo' sebagai senjata perang.

Nama tempat terpanjang di dunia ialah'Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakpikimaungahoronukupokai-
iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand.

Pulau terbesar di dunia ialah Greenland.

Sotong raksasa mempunyai mata yang terbesar diantara semua binatang.

Jika anda letak ikan emas di bilik gelap, ianya akan kelihatan berwarna putih.

Siput boleh tidur sehingga 3 tahun.

Kebanyakan ayam jantan berkelip sebelah mata saja pada satu satu masa.

Seekor kuda punya lebih 18 tulang dari seorang manusia.

Tikus tak boleh muntah. Sebab itu racun tikus amat berkesan membunuhnya.

Kucing boleh dengar bunyi ultrasound

Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat

Beruang dewasa boleh berlari sepantas kuda.

Air kencing kucing bercahaya dalam gelap

Rama-rama terbesar di dunia ialah Queen Alexandra Birdwing di Papua New Guniea, sayapnya lebih kurang 11 inci.

Mamalia terkecil di dunia adalah sejenis spesis kelawar di Thailand yang beratnya hanya seberat duit syiling 1 sen.

Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.

Deria rasa rama-rama di kakinya.

Seekor kucing ada 32 otot di setiap telinganya

Tapak Sulaiman tak ada otak

95 % dari badan obor-obor adalah air.

Jantung ikan paus biru hanya berdenyut 9 kali seminit.

Panjang lidah sesumpah dua kali panjang dari badannya.

Lidah buaya melekat pada lelangit di mulutnya.

Ikan jerung boleh mengesan satu bahagian darah dari 100 juta bahagian air.

Tapak Sulaiman boleh pusing perutnya keluar.

Cacing pita akan makan diri sendiri kalau tak jumpa makanan.

Lintah ada empat hidung

Burung hantu adalah satu-satunya burung yang boleh lihat warna biru.

Penguin adalah satu-satunya burung yang boleh berenang tapi tak boleh terbang.

Ngauman singa boleh didengar sehingga jarak 5 batu

Kanggaru dan burung emu tak boleh berjalan ke belakang.

Kucing ada lebih 100 nada vokal (bunyi), anjing ada sepuluh saja.

Daripada seribu ekor babi di seluruh dunia, seekor darinya akan menyerupai orang yang sedang membaca ni

Tikus mondok boleh menggali lubang sedalam 91 meter ( 300 kaki ) dalam tempoh satu malam.

Serangga mengatasi jumlah manusia dgn nisbah 100,000,000 serangga -seorang manusia

Sesumpah boleh menggerakkan mata mereka ke arah yg bertentangan pada satu masa.

Seekor lembu sepanjang hayatnya memberikan sebanyak 200,000 gelas susu.

Bila ikan jerung menggigit, matanya bertukar hitam dan giginya terkeluar.

Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang

Serangga terbesar yang pernah ada di bumi ialah pepatung yg mempunyai sayap sepanjang 3 kaki.

Unta mengunyah makanan dalam bentuk no 8.

Ikan Paus Biru adalah binatang terbesar di dunia, panjangnya 100 kaki dan seberat 150 tan. Dinasor terbesar di dunia hanya seberat 110 tan.

Kucing, unta dan zirafah berjalan dengan cara kaki kanan, kaki kanan, kaki kiri, kaki kiri.

Seekor singa di hutan biasanya membunuh lebih dari 20 mangsa setiap tahun.

Lebah madu ada bulu pada matanya.

Untuk sampai ke sungai atau tasik dimana belut menghabiskan sebahagian besar hidupnya, ia berenang sehingga 4,827 km tanpa henti.

Adalah menyalahi undang-undang membela binatang di Iceland.

Siput mengawan hanya sekali dalam hidupnya.

Taik ayam keseluruhan hidupnya boleh menghasilkan electrik dan menyalakan mentol lampu 100 watt selama 5 jam.

Kalajengking boleh bertahan 200 kali lebih dari manusia jika terkena radiasi bom nuklear.

Ulat bulu ada purata 248 otot di kepalanya

Anda mungkin boleh mendahului(di depan) seekor lembu ketika menaiki tangga tetapi tak boleh mendahuluinya ketika menuruni tangga... Jangan tanya kenapa, Cuba fikir kenapa??????

Kanggaroo tak boleh melompat melainkan ekornya menyentuh tanah dulu.

Ikan lumba-lumba tidak bernafas secara automatik, sebaliknya mereka perlu memberitahu diri sendiri supaya bernafas.

Kucing boleh tidur sehingga 16-18 jam sehari.

Babi boleh menghasilkan banyak produk, antaranya butang, gelas,berus cat, krayon, kapur dan lain-lain.

Permaisuri anai-anai boleh hidup sehingga 50 tahun dan melahirkan anak sebanyak 30,000 sehari.

Makanan yg paling disukai oleh lipas ialah gam di belakang stem.

Ikan tuna berenang pada kelajuan 14 km sejam dan menurut saintis seekor ikan tuna yang berusia 15 tahun biasanya telah berenang sejauh 1,609,000 km.

Seekor badak yang dewasa boleh menelan separuh badan buaya yang sebesar 12 kaki panjang.

Daripada 4000 spesis mamalia di dunia, 900 darinya adalah spesis kelawar.

Anai-anai teransang dengan muzik. Jika anda memasang muzik, anai-anai akan memakan rumah anda 2 kali lebih pantas.

Nama Kanggaroo asalnya ialah bila beberapa orang pengembara kulit putih ternampak seekor binatang yang terlompat-lompat, lantas mereka bertanya pada orang asli di sana apa nama binatang tu,
Orang asli menjawab 'Kanguru' (yang bermaksud 'tak tahu')

2 komen berSAHAJA:

Farah Hanim Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

tembikai empat segi ? cane tu ? haha xP

ifwat SAHAJA Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

cube search kt gugel :D