tinggalkan link anda

06 Januari 2011

dah ada domain dan web hosting sendiri !




tengok tajuk pun korang dah tau kan ape yg aku nak cerita? hehehe.. pehhh, setelah menempuhi segala cabaran untuk menggunakan hosting dan domain sendiri, akhirnya berjaya gak aku buat.. bukan senang aku nak tukar domain dari blogspot.com ke domain aku sendiri sekarang ni.. kene fikir macam-macam.. dari segi kos, kelebihan mahupun kekurangan.. tp bila aku dah usha dalam banyak forum ternyata baik jugak guna domain sendiri ni.. hehehe..







fuhh ! mesti korang tertanya-tanya kan cam ne rasa bila ada domain sendiri, tambah-tambah pulak guna hosting sendiri ? huhu.. jawapan aku senang je, aku RASA BEBAS! tak tau la nak terang cam ne kan, tapi bg aku, jadi senang bila nak taip web aku sendiri, takde la jadi panjang sangat macam blog aku dulu, www.iefwatdandiasahaja.blogspot.com .. panjang bukan? nak dibandingkan dengan sekarang ni cuma www.iefwatsahaja.com .. hehehe.. selain tu, bila dah ada domain dan hosting sendiri ni, nampak la jugak keseriusan dalam dunia blog ni kn? walaupun blog aku ni takde la tiptop mane pun..hihihihi, orang kata pelan-pelan kayuhhh..








korang pun mesti nak tau jugak kan kat mane aku langgan domain dan hosting aku sendiri ni? mudah je, ni Malaysia mari maa.. sudah tentu kat Netkl.com .. kalau tak silap aku la, mmg kebanyakan blogger memang beli domain kat Netkl la berdasarkan ape yg aku dah usha kat dalam blog-blog dan jugak forum-forum kat luar sane tu.. ramai yang kate harga berpatutan dan mmg lancar, takde la selalu sangat server down yang menyusahkan kita.. hehe..


Pautan





pakej yang aku amek ni RM60 tiap tahun, domain sekali dengan hosting la.. aku pun takde tau sangat pasal hosting web sendiri ni, tapi aku cuba ni pun sebab memang aku berminat dan sambil-sambil tu aku boleh belajar.. betul tak? aku pun belajar buat benda-benda ni dengan tanya-tanya orang yg lebih tau, kadang-kadang aku just search kat google..hehe.. dunia sekarang ni bukannya payah, semua dihujung jari kite, cuma nak atau taknak je.. kn kn kn??



ni pakej yang aku amek..




ada lagi satu pakej yang lebih murah, tak silap aku RM34.60 utk kali pertama dan tahunan cuma bayar RM31 je.. yang tu pakej khas untuk blogger la.. pakej tu tak ada web hosting, tapi cuma domain jela sbgi contoh iefwatsahaja.com .. tapi sebenarnya, guna pakej tu pun dah cukup memadai bagi aku, untuk sesape yg cuma ingin ada domain sendiri je..



pakej utk domain shj.




akhir kata dari aku, selamat maju jaya dan selamat ber'blogging' utk kawan2 blogger aku dan salam membaca bagi pembaca setia blog aku yg serba kekurangan ni..


sebarang pertanyaan, boleh la dibuat kat facebook aku tak pun kat chatbox je, tapi lebih baik kat facebook sbb takot aku tak perasan bila chatbox tu jadi penuh,hehehe ..


p/s : buat aku lebih rajin update benda yang berkualiti bila dah mula guna domain sendiri ni, hehe..

7 komen berSAHAJA:

Kak Dai Shaklee Sabah Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

cam best je ada domain sendiri kannn

ifwat SAHAJA Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

aah, agak best la.. rasa lain je. hehe

tiqa ramlan Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

wah bestnyer! :)

ifwat SAHAJA Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

try la , baru tau.

NiNaBaNaNa Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

memang lah best , i pun dah lama teringin nak buat .
tapi masalah nye main duit pulak .
mcam mana ? mati if my dad tau
argghh . confirm tak boleh
errr =='

ifwat SAHAJA Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

main duit pun , tahunan je bayar :)

Web Hosting Pro Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

Thanks sharing. Selecting the best hosting for your WordPress, blog, companies website or e-commerce is very important. First you need ensure it give 99.9% uptime guarantee to have good visitors experience when browsing your website. Free SSL certificate is another benefit since Google announced that having an SSL certificate installed on your website will increase your ranking position.While free domain, 24/7/365 Support and money back guarantee are truly extra benefits for you with no worry on what you pay for. Here a good web hosting review
www.best-web-hosting-for-companies-website-and-wordpress.com