tinggalkan link anda

25 Januari 2011

10 Fakta Menarik Tentang Teknologi & Reka Cipta ! [Part 1]



Setelah agak lama aku menyepi dgn tak update sebarang entry, tiba-tiba hari ni rasa rindu pulak nak menaip kat blog aku ni. Nak blogwalking pun tak berapa sempat sebab terlalu sibuk dengan kuliah dan lab report segala bagai yang nak kena siapkan on time tu.


Dengan takde rasa yang rendah diri, aku rasa macam nak share sesuatu yang menarik dengan korang ni. Bagi aku fakta ni menarik la, bagi korang mungkin ada lagi yang lebih menarik bukan ? Tak apa, sekadar benrkongsi.






1. Kamera Photo-Finish

Kamera ni telah digunakan sebelum ini untuk mengadili perlumbaaan kuda pada garisan penamat. Dengan adanya kamera ni masa tu, juri-juri dapat buat keputusan lebih muktamad dan tepat. Semasa penggunaan pra-kamera pada tahun 1935, juri hanya berjaya mengesan 20 dead heats, tetapi setelah kemunculan kamera ni, sebanyak 264 dead heats berjaya direkodkan lalu ia dapat membantu juri membuat keputusan kemenangan yg paling tepat !



2. Cermin
Pasti ramai diantara kita yang akan berdiri di hadapan cermin dahulu sebelum keluar dari rumah bukan ? Untuk pengetahuan anda, cermin telahpun digunakan ketika di empayar Rom lagi, tetapi seni dan penciptaan nya telah hilang. Sehinggalah seni penciptaannya ditemui kembali di Venice, Itali pada tahun 1300.



3. Bluetooth
Nama bluetooth diambali sempena nama Raja Denmark Dan Norway pada abad ke-10, iaitu Harald Bluetooth. Harald dikenali kerana telah menyatukan pelbagai puak yang terlibat dalam peperangan di kedua-dua negara tersebut. Ia sama seperti fungsi bluetooth yang bertujuan untuk menyambungkan pelbagai alat yg terdiri dari pelbagai teknologi.



4. Payung
Hujan semestinya akan sinonimnya dengan payung. Tapi, tahukah anda asal usul payung ni? Untuk pengetahuan anda,payung sebanarnya ditemui buat pertama kalinya di negara China pada kurun kedua sebelum masihi lagi. Wah, agak lama tu! Tetapi disesetengah tempat, payung juga boleh dijadikan sebagai senjata untuk menentang di saat-saat genting.



5. Bateri Primitif

Bateri primitif berupaya menghasilkan sebanyak 1/2 atau setengah Volt telah berjaya dicipta di Mesopotamia di antara tahun 200 sebelum masihi dan 200 selepas masihi. Bateri ini digunakan untuk menyadur perak ke tembaga. Fuh, teringat pula masa sekolah menengah dulu ada buat eksperimen tentang sadur-sadur benda alah ni. Hehehe.



p/s : jangan lupa baca sambungan lagi 5 fakta menarik yg seterusnya akan datang !

2 komen berSAHAJA:

Shila Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

fuh...menarik2..

mana dapat ni??

ifwat Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates berkata...

haha, egt nak tulis source masa sambungan Part 2 nanti. kat buku ering la.